“Patah Hati Dan Menangis-Nangis,” – Ikmal Amry Ded4h Ada Fans..

Pelakon dan model, Ikmal Amry mengakui ada yang patah hati apabila mengetahui dirinya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan finalis Pencarian Hero Remaja sezaman Aliff Muhaimin ini selepas ditanya apalah reaksi peminat selepas mengetahui akan perkara tersebut.

Jelas Ikmal, ada di antara mereka yang turut tumpang gembira dan tak kurang yang bertindak memadam fotonya di akaun media sosial masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kuning buat abg pening 🤪💛

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on

“Bila saya umumkan akan berkahwin dan kongsikan foto bersama Najla, ada di kalangan peminat baru yang ‘setuju’ kami bersama dan mereka gembira.

“Bagaimanapun ada juga yang patah hati dan menangis-nangis, padam foto saya di Instagram dan ada yang buat status di Twitter dan sebagainya… Tak boleh terima,” katanya.

Pemilik nama lengkap Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, ini turut mended@hkan, atas pengumuman itu, jumlah pengikutnya di media sosial juga mulai menurun.

“Setiap hari saya akan kehilangan pengikut di media sosial disebabkan mereka tahu saya sudah bertunang.

“Mereka tahu saya tak kan bersama dengan mereka.

“Ibaratnya ada yang obses, saya tidak boleh bersama sesiapa pun gara-gara watak saya sebagai Ray dalam Gantung.

“Akan tetapi saya cuba balas balik. Randy Pangalila (turut berlakon dalam siri Gantung) boleh berkahwin, mengapa tidak saya?,” jelasnya lagi.

Sementara itu, tunang kepada Ikmal, Najla Samshul pula menjelaskan setakat ini, belum ada peminat fanatik Ikmal yang bertindak luar batasan terhadapnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happiest birthday to my future wife and me ! 💍💕

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on

“Setakat ini tidak ada, semuanya memberikan aura positif,” katanya ringkas.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan mereka akan disatukan pada 19 Disember ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum melangsungkan majlis resepsi seminggu selepas itu di Subang, Selangor.

Pasangan ini ditemui pada majlis sidang media dan menandatangani kontrak perjanjian bersama Absolut Talents & Management di Bangsar, baru-baru ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Patah Hati Dan Menangis-Nangis,” – Ikmal Amry Ded4h Ada Fans.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*