Nenek Simpan McDonald’s Dalam Almari Selama 24 Tahun Sampai Jadi Mumia

Seorang pengguna TikTok atas nama Aly Sherb baru-baru ini telah berkongsi video neneknya mengeluarkan  kotak burger dan kentang goreng McDonald’s yang did@kwanya telah disimpan di dalam almari selama 24 tahun.

Set makanan segera popular itu telah disimpan dalam kotak kasut di rumahnya di AS sejak tahun 1996. Klip yang telah ditonton sebanyak 3 juta kali itu disrtakan dengan kapsyen yang bertulis “Apa akan berlaku jika anda menyimpan burger McDonald’s dalam beg selama lebih dari 20 tahun?”

Makanan tersebut sememangnya tidak kelihatan segar, namun ia juga tidak kelihatan seperti dimasak pada tahun yang sama satelit MEASAT1 dilancarkan dan Michael Jackson melakukan konsert pertamanya di Malaysia.

Malah burger dan kentang goreng itu tidak reput dan kelihatan kering seperti mumia.

Dalam video TikTok berkenaan, nenek tersebut dilihat mengambil kotak kasut yang mempunyai tulisan ‘Hamburger’ di sisinya dan menunjukkannya ke kamera.

Wanita tua itu kemudian mengambil beg kertas yang berisi kentang goreng, dan menuang sebahagian daripadanya ke dalam tangannya.

Dia berkata bahawa kentang goreng itu kelihatan seperti kentang yang jatuh di bawah sofa sebulan lalu. Roti burger juga tidak berkulat dan daging burger juga masih utuh.

Pended@han itu membuatkan ramai yang khuatir bahawa makanan dari McDonald’s mempunyai bahan pengawet, namun Jurucakap McDonald’s di AS membidas perkara itu dan mengatakan bahawa makanan mereka akan reput dalam persekitaran yang lembap seperti makanan-makanan lain.

Ini kerana tanpa kelembapan, bakteria dan kulit tidak boleh hidup, menyebabkan makanan kering seperti mumia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "Nenek Simpan McDonald’s Dalam Almari Selama 24 Tahun Sampai Jadi Mumia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*