Isu Live Suruh Keluar Duit KWSP Beli Vacuum Cleaner, Fiza Frizzy Belajar Dari Kesilapan

Pengacara Fiza Frizzy mengakui belajar daripada kesilapan atas penggunaan metafora ‘keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beli vacuum cleaner’, pada awal Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu.

Jelas Fiza, kenyataannya ketika bersiaran secara langsung itu jelas sekali tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.

“Apabila bercakap ketika siaran langsung kita takkan terduga pun perkara ini akan terjadi. Yang saya sebutkan itu sebelum ini hanya metafora, ia sekaan-akan ayat sinis yang membawa maksud tertentu.

“Saya tak menyampaikan maksud meminta orang ramai keluarkan duit KWSP untuk membeli vacuum cleaner, tidak!

“Maksud saya tak kisahlah nak gunakan duit simpanan itu dengan cara mana sekali pun, kalau rasa perlu, beli, kalau tak nak terpulang.

“Cuma saya pelik kenapa ada pihak masih nak panjangkan cerita walaupun saya sudah minta maaf.

“Mujur ada rakan-rakan selebriti yang tolong menjernihkan keadaan hingga individu terbabit memadamkan status Instagram berkenaan,” ceritanya kepada Gempak.

Fiza akui, situasi tegang itu membuatkannya lebih berhati-hati apabila bersiaran secara langsung dan sentiasa mendapatkan nasihat daripada penerbit setiap kali sebelum mengacarakan sesebuah program.

“Pengajarannya saya perlu sentiasa berhati-hati apabila berkata-kata. Mungkin kita terleka dan terus disalahertikan.

“Jadi, setiap kali nak bercakap sesuatu fikir dulu patut atau tidak.

“Kalau tak pun saya akan bertanyakan penerbit rancangan sebelum memulakan apa-apa program terutama membabitkan siaran langsung,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran Merdeka Habib di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Susulan isu tersebut juga Fiza memberitahu jumlah pengikutnya semakin bertambah namun tidak menjejaskan periuk nasinya dengan mana-mana stesen televisyen.

Mac lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media berkata ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 ekoran pandemik COV1D-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Isu Live Suruh Keluar Duit KWSP Beli Vacuum Cleaner, Fiza Frizzy Belajar Dari Kesilapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*