Hairul Azreen Dikritik Cara Jaga Anak

BIARPUN sering dikr1itik tentang cara membesarkan anak, pelakon Hairul Azreen berkata dia tidak pernah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Menurut Hairul, 33, dia dan isterinya Hanis Zalikha tidak mahu membuang masa melayan kata-kata netizen dan hanya fokus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk anak-anak mereka.

“Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kriti1k cara saya jaga anak-anak.

“Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak,” katanya kepada mStar.

 

Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

Pelakon filem Wira ini ditemui pada majlis pelancaran Pusat Penghabisan Stok Al Aqsa Carpets di Shah Alam, baru-baru ini.

Ditegur Angkasawan Negara

Pada Oktober tahun lalu, tindakan Hairul memegang kaki perempuannya Alisa Aishah yang ketika itu berusia lima bulan dan membiarkan budak itu berdiri di tapak tangan menerima teguran Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor.

Dalam pada itu Hairul menganggap sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan sering disalah anggap oleh orang sekeliling.

Namun dia tidak pernah melatah dan cuba melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

“Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja.

“Bagi saya simple… apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la. Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah dongeng Ayah, Anak Dan Keldai ‘ ujarnya.

Hairul dan Hanis bersama anak-anak mereka.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aisyah, 1.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Hairul Azreen Dikritik Cara Jaga Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*