Sempat civm isteri berulang kali

ARW4H suami seorang yang agak baran namun sejak beberapa hari lalu, dia jadi lembut dan cukup manja dengan saya malah sempat mencivm saya berulang kali sebelum keluar pergi melombong bijih timah di kebun itu.

“Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah saya melihat dia sebegitu namun tidak menyangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami tujuh beranak, termasuk dua anak tiri kembar.”

Demikian luahan Nur Aqila Mat, 28, isteri kepada Mohd Zakaria Yahaya, 48, yang ditemui m4ut tertimbus tanah runtuh ketika mendulang bijih timah di Ladang Batu 25, Batu Kurau, Taiping, malam tadi.

Nur Aqila berkata, arwah suami seorang pekerja kebun kelapa sawit milik syarikat swasta semenjak lebih 10 tahun lalu dan sering melakukan kerja mendulang bijih timah di situ secara sampingan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

“Pada hari kejadian suami keluar dari rumah pada 1.30 tengah hari secara bersendirian menuju ke lokasi tempat dia melombong.

“Namun sekitar 7.15 malam, suami masih tidak pulang ke rumah dan merasa ada sesuatu yang tidak kena, saya mengarahkan seorang anak mencari suami dilokasi tempatnya melombong,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebaik anak berada di lokasi, dia menyedari terdapat satu kawasan runtuhan tanah berlaku berhampiran motosikal dan peralatan mendulang milik suami di situ.

“Sejurus dimaklumkan perkara itu, saya segera membuat laporan polis kerana naluri hati yakin mengatakan mungkin tertimbus dalam runtuhan itu.

“Akhirnya, suami ditemui dalam runtuhan itu dan disahkan telah men1nggal dunia,” katanya.

Nur Aqila berkata, jen4zah suaminya dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Redang Panjang.

Mohd Zakaria meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berusia dua hingga 16 tahun.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya hasil siasatan pihaknya mendapati kawasan kejadian merupakan kebun kelapa sawit yang sering dijadikan kawasan melombong bijih timah secara tradisional oleh penduduk sekitar.

“m@ngsa dikatakan sering ke lokasi kejadian untuk melombong bijih timah sekiranya berkelapangan selepas waktu bekerja.

“Hasil tinjauan juga mendapati kawasan melombong itu tidak selamat ekoran daripada aktiviti melombong yang menggunakan cangkul selain keadaan tanah yang digali semakin mendalam.

“Mayat m@ngsa dibawa ke h0spital Taiping untuk di bed4h s1asat dan s1asatan lanjut masih lagi dijalankan,” katanya.

Lelaki maut tertimbus ketika mendulang

LELAKI yang dilaporkan hilang ketika melakukan kerja-kerja mendulang bijih timah di sebuah kebun di Batu 24, Batu Kurau, Taiping ditemui m4ut akib4t tertimbus, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.09 malam dan segera ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat m@ngsa.

Menurutnya, m@ngsa Mohd Zakaria Yahaya, 48, ditemui dalam keadaan membongkok dan tertimbus tanah pada kedalaman lima meter.

” Difahamkan m@ngsa melakukan kerja-kerja mendulang bijih timah di kawasan berkenaan secara bersendirian dan dilaporkan ahli tidak pulang ke rumah sehingga 8 malam.

“Pihak bomba yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu segera melakukan kerja-kerja menggali tanah menggunakan peralatan khas di lokasi m@ngsa dipercayai berada.

“m@ngsa akhirnya ditemui tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam lima meter, dan berjaya berjaya dibawa keluar pada 10.49 malam, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat m@ngsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 12. 20 tengah malam,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Kisah Benar

Be the first to comment on "Sempat civm isteri berulang kali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*