Isu Sam4n: Achey Sedih, Mahu Balu Arw4h Abam & Ali Puteh Berbaik

Baru-baru ini media tempatan melaporkan 1su sam4n-meny4man antara balu pelawak Allahy4rham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali  dan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh. Susulan itu, k3s tersebut turut mendapat perhatian rakan baik Allahy4rham, Achey.

Sudah Beri Nasihat 

 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu itu, menurut Achey dia akui sudah menghubungi kedua-dua belah pihak. Namun, jelasnya dia hanya mampu memberi nasihat dan mengharapkan agar Hidayah dan Ali dapat menemui jalan perdamaian.

” Saya dan Fad sering menghubungi kedua-dua belah pihak. Kalau boleh selesaikanlah secara baik dan damai bolehlah kita bermesyuarat. Dalam Islam, bila kita bermesyuarat pasti kita ada cadangan. Tetapi perlu ingat cadangan itu bukanlah keputusan.

Bila saya dan Fad beri cadangan antara satu pihak ke satu pihak, tetapi  keputusan tidak mengikut yang kami cadangkan, kami tidak boleh buat apa-apa” kata Achey kepada Murai.my

Serahkan Keputusan Kepada Hidayah Dan Ali

Achey Komen Isu Saman-Menyaman Antara Balu Arwah Abam & Ali Puteh

Saya bukan tak bantu, tapi sudah pun menasihati dan keputusan itu di tangan mereka" – Achey

Posted by Murai MY on Thursday, August 27, 2020

ded@h Achey, sama ada dia mahupun Fad kedua-dua mereka enggan berlebihan di dalam k3s ini kerana sedar akan status mereka hanya sekadar sahabat karib kepada Arw4h Abam.

“Dalam situasi ini siapa saya dan Fad? Saya tidak boleh masuk campur sangat hal ini. Saya hanya ada hubungan persahabatan yang tak terjangkau dengan arw4h. Apa yang saya perlu jaga adalah kebajikan kepada Arw4h, anak arw4h dan ibu kepada Arw4h.

Antara Ali dan Hidayah, atau k3s yang tak perlu libatkan saya, saya minta maaf kepada orang – orang yang meminta saya membantu. Saya bukan tak bantu, tapi sudah pun menasihati dan keputusan itu di tangan mereka” tambahnya lagi.

Achey mengulas hal itu selepas ramai pihak termasuk netizen yang melahirkan hasrat agar dia dan Fad menjadi ‘orang tengah’ supaya kemelut antara Ali dan Hidayah dapat di selesaikan secara baik.

Achey ditemui Murai.my ketika di majlis pelancaran filem televisyen (FTV) Frontliner yang turut dibintangi Achey sebagai salah seorang pelakon utama. Selain Achey, antara pelakon yang membintangi FTV ini adalah Beto Kusyairi, Azhan Rani, Emma Maembong, Wan Maimunah, Farah Yusof, Meerqeen dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: MURAI

Be the first to comment on "Isu Sam4n: Achey Sedih, Mahu Balu Arw4h Abam & Ali Puteh Berbaik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*