Tak Sangka Adam AF Luah Sesuatu yg Mengejutkan Bila Terserempak Dengan Ex Isteri Fiza Halim

Siapa yang tidak dikenali dengan penyanyi Haruskah nyanyian Adam AF 2?

Baru-baru ini Adam dilaporkan telah terserempak dengan bekas isterinya, Fiza Abdul Halim bersama suami barunya di salah satu kedai makan.

Menurut MyNewsHub, Adam mengakui bahawa dia berasa senang apabila mendapat tahu wanita berkenaan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang pada akhir tahun lalu.

Adam juga memaklumkan bahawa dia selalu berdoa untuk Fiza supaya mendapat kebahagian.

Selain memberitahu bahawa dia berasa sangat bersyukur kerana ada seorang lelaki yang akan menjaga Fiza di masa depan.

“Sebenarnya selepas kami berpisah saya memang tidak henti-hentinya mendoakan kebahagiaannya.

Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa sangat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang dapat menjaganya.

Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.

“Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik”

Selain itu, Adam juga memaklumkan bahawa hubungan antara dia dan Fiza sangat baik dan tiada keb3ncian dari mana-mana pihak.

“Dia adalah wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya ingin membencinya ..

Saya selalu mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya, ” Adam dan Fiza mendirikan rumah tangga pada September 2013 tetapi mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada 21 Disember tahun lepas, Adam melafazkan talak satu kepada Fiza di rumah mereka di Gombak sebelum menegaskan pembicaraan lafaz di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember tahun yang sama.

Semoga Adam dan Fiza memperoleh kebahagian dengan pasangan masing-masing. Hidup lebih gembira.

Selepas kembali menjadi ‘orang bujang’ buat kali kedua, Adam AF tampil ceria dan tubuhnya juga semakin berisi.

Adam, 34, berkata, sebelum ini dia tidak berniat menjauhkan diri daripada sesiapa.

Cuma dia tidak suka menghebohkan hal rumah tangganya kepada masyarakat kerana ia terlalu peribadi.

“Mana yang saya boleh jawab, saya jawab tetapi bagi saya masalah rumah tangga lebih baik kita simpan saja supaya tidak mengaibkan sesiapa.

Selepas berpisah masing-masing boleh teruskan hidup sendiri tanpa rasa terbeban apa-apa.

Sekarang semuanya sudah selesai dan saya gembira kerana bekas isteri (Fiza Elite) pun sudah bertemu jodoh baru.

Saya doakan mereka bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.”

Adam, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita sebagai teman hidup untuk kali kedua.

“Saya sudah lama move on, cuma sudah tentu hidup sendiri membuatkan kita berasa sunyi. Dulu abang saya ada duduk dengan saya tapi dia dah balik Sabah.

“Setakat ini belum ada lagi wanita yang istimewa, kawan lepak ramai lelaki. Bukan saya tidak mahu, saya pun nak ada zuriat sendiri,” ujarnya kepada mStar Online.

Adam ditemui pada majlis sidang media konsert reunion yang diadakan di restoran Dapur Sarawak, pada Rabu.

Adam (empat dari kiri) bersama teman-teman dalam AF2.

Dalam pada itu, Adam berkata, tindakannya berdiam diri selepas perpisahan tersebut adalah memberi ruang dan tempoh bertenang untuk dirinya menerima keadaan itu.

Katanya, dia juga mengelak daripada memberi kenyataan yang terlalu mengikut emosi dan marah.

“Saya berdiam seketika selepas berpisah kerana mahu beri tempoh bertenang. Saya tak mahu berbalas-balas kenyataan yang tidak akan habis.

“Saya dengan bekas isteri masih berkawan dan saya horm@ti dia dan keluarga baharunya,” ujar Adam.

Fiza Halim kini bahagia dengan kehidupan baharu. Foto Instagram Fiza Halim.

Dalam perkembanban lain, Adam berkata dia kini sibuk mengusahakan raw4tan dan pelbagai produk untuk raw4tan alternatif sebagai punca pendapatan utamanya.

Katanya, dia menjadikan bidang seni suara sekadar hobi dan melepaskan kerinduan terhadap nyanyian semata-mata.

Selain itu, bercakap tentang konsert Reunion Akademi Fantasia 2, Adam dan 12 peserta program realiti itu merancang untuk mengadakan sebuah konsert pada Ogos depan.

Konsert yang bertujuan menggamit memori lama itu masih dalam proses mencari penaja yang sudi bekerjasama dalam menjaya konsert berkenaan.

“12 peserta sudah memberi persetujuan dan kami merancang untuk adakan pada skala yang sederhana sahaja.

“Sekarang ini masih proses mencari penaja yang dapat menjayakan konsert itu,” ujarnya.

Antara barisan penyanyi AF2 ialah Zahid, Bob, Fitri, Linda Nanuwil, Zarina Zainoordin, Kaer Azmi, Farah, Anding dan Mas.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumbr : lamanmaya

Be the first to comment on "Tak Sangka Adam AF Luah Sesuatu yg Mengejutkan Bila Terserempak Dengan Ex Isteri Fiza Halim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*