“Belum Puas..” Baru 5 Bulan Kahwin, Tasha Shilla Dedah Hal Rumah Tangga

 

MENGAKUI kerap diajukan soalan mengenai zuriat, pelakon Tasha Shilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu berkata dia tidak menganggap ia sebagai satu tekanan.

Menurut Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, soal anak serta jodoh itu sudah ditentukan Allah dan dia percaya rezeki zuriat itu akan diberikan mengikut waktu yang sesuai.

Bagaimanapun Tasha tidak terbvru-bvru dalam soal itu memandangkan dia dan suaminya iaitu Muhammad Atiq Idris masih dalam fasa bercinta selepas kahwin.

Tasha dan suami mahu menikm@ti fasa bercinta selepas kahwin.

“Bagi saya itu semua Allah yang akan tentukan. Macam jodoh juga, saya tunggu 33 tahun baru la bertemu. Saya yakin dan percaya Allah akan berikan rezeki itu pada waktu yang sesuai.

“Saya pun tak rasa tertekan dengan pertanyaan soal anak. Sebab sekarang ini saya sudah ada empat orang anak buah yang dianggap seperti anak sendiri.

“Lagipun saya dan suami tak bercinta masa baru-baru kenal dulu. Kami kenal dalam tempoh sebulan dan terus kahwin. Jadi lepas kahwin baru nak bercinta. Saya rasa ini masa untuk kami bercinta,” kata Tasha kepada mStar.

 

Kalau ikutkan perancangan, memang kami nak berbulan madu di Tanah Suci Makkah.

TASHA SHILLA

PELAKON

Tasha ditemui ketika majlis pelancaran saluran Awesome TV yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon drama Kau Yang Pertama itu sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.

Dalam pada itu, Tasha memberitahu biarpun mereka belum sempat berbulan madu berikutan pandemik Cov1d-19 namun dia kini dalam fasa yang sangat bahagia bersama suami.

Tasha dan suami berhasrat berbulan madu di Tanah Suci Makkah selepas pendamik Covid-19 berakhir.

“Sejujurnya saya sangat seronok dapat bercinta selepas kahwin. Memang banyak cabaran dan macam-macam benda baharu yang kami belajar. Ada waktu kena bersabar tapi Alhamdulillah, saya sangat bahagia.

“Masing-masing tahu tanggungjawab, kalau bergaduh pun sekejap sahaja. Sebelum tidur, mesti akan minta maaf. Kalau ikutkan perancangan, memang kami nak berbulan madu di Tanah Suci Makkah.

“Tapi apakan daya, pandemik wabak Covid-19 ini menghalang hasrat kami nak ke sana. Jadi, sehingga kini kami tak berbulan madu lagi. Saya tetap nak tunggu rezeki ke Tanah Suci,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Belum Puas..” Baru 5 Bulan Kahwin, Tasha Shilla Dedah Hal Rumah Tangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*