Kembali Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad?

 

Usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor mengakui selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal.

Mengekalkan hubungan baik dengan bek4s suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, kakak kepada pengacara Neelofa ini mahu memberikan fokus kepada diri sendiri.

“Ada yang tanya kemungkinan saya untuk kembali bersama dengan Sharnaaz. Sebenarnya, hubungan saya dengan dia dah lama baik sebagai kawan.

“Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Tapi, rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri. Saya serta Sharnaaz pun sudah ‘move on’ dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden,” katanya.

Nabila ditemui di majlis pengumuman Neelofa sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi.

Tambah wanita asal Kelantan ini, dia bersyukur kerana Sharnaaz memberikan komitmen yang sangat baik sebagai seorang bapa biarpun mereka tidak bersama lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy new year to all from me and my boy @jebatjayden ba will always be 1 step behind you my boy.. ba syg cek dunia akhirat.. #2020willbegreaterthan2019 Thank you Allah atas segala nikmat dan dugaan.. Redha dan terus istiqomah sahabat semua.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

“Saya gembira dan bersyukur kerana Sharnaaz tak pernah aba1kan tanggungjawab sebagai bapa.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari dia meluangkan masa berjumpa dengan anak.

“Saya sendiri tak kisah kerana anak kami memang berhak mendapat kasih sayang ibu dan bapa secara sama rata biarpun kami tidak bersama lagi,” katanya lagi.

Nabila dan Sharnaaz sah bercer4i pada 9 Julai lalu secara hak4m di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Kembali Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*