IG Atikah Muncul Semula

 

Semalam adan artikel tentang Akaun Instagram Atikah, wanita yang disyaki menjadi teman rapat Engku Emran tiba-tiba hilang. Kini, akaun Instagram telah muncul semula. Atikah juga memberi alasan berkaitan dengan kehilangan akaun Instagramnya semalam.

Laporan dari Inserlive memaklumkan bahawa dia mended@hkan hal ini menerusi muat naik terbaru di laman Instagramnya.

“Sekarang, saya memutuskan untuk melepaskan beberapa perkara dalam kehidupan media sosial untuk merenungkan lebih banyak perkara indah yang memancarkan kegembiraan murni bagi jiwa saya,” jelasnya.

“Jadi, sementara waktu, aku akan membiarkan fotografi menunjukkan kepadaku lebih banyak jalan yang jarang aku lalu–mungkin dengan berbasikal!,” sambungnya.

Malangnya, muat naik itu terhad untuk dikomen. Atikah menghadkan ruangan komen untuk setiap muat naik di Instagram. Malah akaun Instagramnya kini telah ditetapkan sebagai private.

Dilaporkan sebelumnya, Atikah yang disyaki menjadi teman rapat Engku Emran menjadi perhatian orang ramai kerana dia sering berbasikal dengan Engku Emran.

Namun, kedua-duanya belum memberikan penjelasan mengenai masalah kedekatan mereka yang menjadi perhatian.

Baru Je Berpisah, Engku Emran Kini Rapat Dgn Atikah. Rupanya Wanita Ini Bukan Calang2 Gadis

Kecoh di laman portal hiburan Indonesia, insertlive.com dengan gosip bekas suami Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella, Engku Emran yang katanya sudah ‘move on’.

Ianya gara-gara ‘tagging’ kepada akaun Instagram milik Atikah Abu Bakar, Atikah@atikashburn yang dibuat Engku Emran di hantaran yang dimuat naik di laman IGnya bertarikh 22 Julai. Empat pemilik akaun instagram yang di’tagging’, hanya seorang sahaja wanita, manakala yang lainnya semua lelaki.

Pernah dinyatakan oleh Bella bahawa kumpulan berbasikal bekas suaminya itu semuanya lelaki, jadi peminat Bella menganggap agak luar biasa bila tiba-tiba muncul kelibat seorang wanita dalam aktiviti berbasikal Engku Emran.

Hasil ‘siasatan’ netizen di laman IG @atikashburn mendapati, Engku Emran telah mulai muncul di situ sejak 21 Jun lagi, namun bukanlah secara berseorangan tetapi berkumpulan.

Kredit foto : Instagram atikashburn

Ushawan Kaya Raya di Malaysia

Insertlive.com juga mengatakan Atikah merupakan seorang usahawan kaya raya di Malaysia dan memiliki perniagaan basikal.

Tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat tersebut kerana hasil carian hanya mendapati Atikah sebelum ini pernah bekerja di bidang korporat dan di profil IGnya ada ditulis yang dia merupakan ‘brand advocate’ untuk @cyclist_wardrobe.

Kredit foto : Instagram atikashburn

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Murai.my

Be the first to comment on "IG Atikah Muncul Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*