“Patutlah asyik ada orang…” – Ramai teruja lihat Shah Rukh Khan Malaysia layan durian, edit atau betul?

“SAMA tapi tak serupa.”

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan foto seorang lelaki dikenali sebagai Fendi Ismail yang dikatakan mirip aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

Menurut lelaki dari Temerloh, Pahang itu, ramai yang keliru melihat foto itu dan memberi komen matanya turut kelihatan sama seperti aktor popular itu.

“Ramai pula keliru, kata mata saya macam Shah Rukh Khan. Patutlah asyik ada orang memandang je. Ser4m rasa.

“Terima kasih yang belanja durian petang ni,” ujarnya menerusi posting di Facebook.

Dua foto terbaharu yang dikongsi itu turut mengundang perhatian ramai sehingga dikongsi lebih 1,400 kali.

Antara foto yang dikongsi di Facebook.

Bukan sahaja di Facebook, foto jejaka itu turut ditularkan di laman Twitter oleh seorang individu.

Selain dihujani pujian, ada juga netizen yang beranggapan bahawa ia merupakan foto suntingan semata-mata.

 

Ramai pula keliru, kata mata saya macam Shah Rukh Khan.

FENDI ISMAIL

Malah, tinjauan foto-foto lama di Facebook miliknya juga menunjukkan dia kelihatan jauh berbeza dengan aktor itu, sekali gus menguatkan d@kwaan bahawa foto tular berkenaan telah disunting.

Menurut seorang individu pula, Fendi sememangnya kelihatan sama dengan Shah Rukh Khan di dalam gambar, namun wajah sebenarnya tidaklah begitu mirip pelakon itu.

Foto Fendi yang dikongsi sebelum ini berbeza dengan Shah Rukh Khan sekali gus timbul d@kwaan bahawa foto tular itu merupakan hasil suntingan sahaja.

“Orang cakap dalam gambar sama. Depan-depan lain sikit. Tak tahulah,” kata seorang lelaki.

Selain Shah Rukh Khan, ada netizen di Twitter turut menyamakan wajah Fendi dengan penyanyi tempatan, Kucaimars.

“Sekali imbas macam Shah Rukh Khan, dua kali imbas macam Kucaimars.

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

“Sekali imbas memang macam Shah Rukh Khan. Terkejut ingatkan dia datang Malaysia layan durian.

“Ni mesti mak dia mengandung dulu suka tengok Shah Rukh khan tu lekat copy paste,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Patutlah asyik ada orang…” – Ramai teruja lihat Shah Rukh Khan Malaysia layan durian, edit atau betul?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*