“Kami Masih …” Lama Menyepi, Erra Ded4h Hubungan Dengan Shahir

Primadona Erra Fazira menjelaskan masih berkawan baik dengan bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi.

Jelas Erra bagaimanapun hubungan mereka sekadar berkawan baik dan masih berjumpa untuk aktiviti riadah.

“Kami masih berhubung… masih. Kalau ada masa lapang kami akan berjumpa untuk bermain badminton.

“Cuma bezanya tidak kerap. Sekali sekala tu adalah,” katanya kepada Gempak.

Erra yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini menegaskan hubungan mereka sekadar kawan baik.

Bercakap mengenai perlantikannya sebagai duta produk Faith Fleur kata Erra sebelum bersetuju dia mengambil masa dua bulan untuk mencuba sendiri produk terbabit.

“Saya percaya wanita berhijab sering berdepan masalah kegvgvran rambut dan perlukan penjagaan yang betul.

“Selepas saya mencuba sendiri produk tersebut, saya sangat berpuas hati. Selain rambut kurang gvgur, produk ini juga sangat wangi,”” katanya yang mengikat kontrak selama dua tahun.

Sementara itu, kata pengasas produk Faith Fleur, Siti Mariam Abdul Samad pemilihan Erra lantaran aura primadonanya yang umum sedia maklum.

“Keanggunan dan aura primadona Erra sangat sesuai dengan pr0duk ini terutama untuk golongan hijabista. Jadi kami sangat berpuas hati,” katanya.

Faith Fleur terdiri daripada syampu, pelembap, serum, pewangi dan tonik rambut yang sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak berusia enam bulan ke atas.

Produk ini juga mampu menghapuskan kutu, melembutkan rambubt, membaiki rambut rosak dan bebas bahan ki1mia berb4haya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Kami Masih …” Lama Menyepi, Erra Ded4h Hubungan Dengan Shahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*