Video lawak Jep Sepahtu ‘sakat’ Abby Fana bikin netizen gelak besar!

Ada sahaja gelagat lucu pelawak terkenal, Jep Sepahtu yang menghiburkan warganet namun dia bukan sahaja seorang yang kelakar tetapi suami kepada Sari Yanti ini turut menjadi inspirasi buat peminatnya. Malah, dia menjadi salah seorang pelawak yang sering menjadi perhatian dan di Instagram juga, Jep mempunyai jutaan followers.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan dia menjadi perhatian warganet lagi apabila terbaru dia yang juga merupakan penyampai radio Sinar sempat menyakat rakan sekerja, Abby Fana.

Tidak sendiri, gandingan penyampai radio Jep, Rahim dan Angah turut bersama merakam video dan menyakat Abby Fana sehingga meraih perhatian pengguna Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram Sinar, tiga penyampai radio itu menyanyi dan merakam gelagat Abby Fana ketika berjalan sepanjang dari tempat letak kereta sehingga mahu memasuki pejabat.

Lebih mencuit hati dalam rakaman video, gelagat lucu Jep, Rahim dan Angah bersama-sama mengusik Abby Fana membuat warganet gelak besar melihat gelagat mereka menerusi posting.

“Tengoklah gelagat Jep Sepahtu, Rahim dengan Angah ni menyakat kak Abby Fana tengah jalan…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tengoklah gelagat @jepsepahtu @rahimr2 dengan @angah_lawaking ni menyakat Kak @abbyfana tengah jalan 😂 #SinarKongsi

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Perkongsian video tersebut dalam masa yang sekejap mendapat ribuan tanda suka dan tentu saja, diruangan komen warganet meninggalkan pelbagai reaksi lucu terhadap mereka yang sempat menyakat Abby Fana bersama.

video jep

video jep

video jep

Screenshot_743

Screenshot_744

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Video lawak Jep Sepahtu ‘sakat’ Abby Fana bikin netizen gelak besar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*