Kemelut berakhir… Lufya Omar, Dr Che Hafiz sah bercer4i talak satu – “Harap tiada halangan jalan tanggungjawab sebagai bapa”

KEMELUT rumah tangga penyanyi Lufya Omar dan Dr Che Hafiz akhirnya menemui titik noktah selepas pasangan ini bercer4i talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap selepas pended@han ini, dia tidak dikaitkan lagi dengan penyanyi itu memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Menurut Dr Che Hafiz, tujuan dia berkongsi perkara itu supaya tidak ada lagi berlaku salah faham atau pra sangka bvruk terhadap dirinya berhubung isu berkaitkan rumah tangga mereka.

Dr Che Hafiz sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.

“Sebenarnya, saya dan Lufya sudah sah bercerai pada 17 Jun lalu di hadapan hakim di mahkamah. Saya berharap sangat selepas ini tiada lagi pihak yang cuba mengaitkan saya dengan dia sebab kami bukan suami isteri lagi.

“Saya beritahu perkara ini sebab tak ada lagi timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku pra sangka bvruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami,” kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Dr Che Hafiz mended@hkan perkara itu selepas Lufya memuat naik status berkaitan isu seorang suami tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak di Instagram miliknya pada Isnin.

 

Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin

DR CHE HAFIZ

BEKAS SUAMI LUFYA

Sebelum ini, Lufya pernah mend@kwa bekas suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura namun Dr Che Hafiz enggan mengulas perkara itu kerana isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz memberitahu dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun mendapat pelbagai halangan.

“Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin dan berharap ia tidak dihalang oleh Lufya,” ujarnya.

Dr Che Hafiz dan bekas isterinya itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Kemelut berakhir… Lufya Omar, Dr Che Hafiz sah bercer4i talak satu – “Harap tiada halangan jalan tanggungjawab sebagai bapa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*