Kucaimars Lamar Cik B! Terkejut dengan keputusan yg diberi “Dalam kepala saya memang dia..”

 

PENYANYI Kucaimars tidak menjangkakan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B akan menerima ‘lamarannya’ untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya berjudul Mudah Bagimu.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 23, berkata Cik B merupakan pilihan pertama dan terakhir memandangkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan anak perempuan Vida.

Malah Kucaimars mengakui dia tidak kisah membayar Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin kerana berpuas hati dengan hasil video klip tersebut.

Kucaimars tak sangka Cik B terima lamarannya untuk bekerjasama.

“Konsep untuk buat video klip itu memang 100 peratus idea saya. Dalam kepala saya memang fikir nak Cik B dan memang tiada pilihan kedua. Jadi, saya sendiri DM Cik B di Instagram.

“Mula-mula saya tak rasa dia akan balas tapi selepas beberapa jam, dia respon dan tak sangka dia terima untuk bekerjasama dalam video muzik saya.

“Kalau cerita soal bayaran itu memang mahal tapi tak apa sebab bagi saya, berbaloi la. Cik B pun nampak berbeza dalam video muzik itu dan saya sangat sukakannya,” kata Kucaimars kepada mStar.

Video muzik lagu Mudah Bagimu itu mula dimuat naik di saluran YouTube sejak 8 Julai lalu dan kini sudah hampi mencecah 100,000 tontonan.

 

Sebenarnya saya tak ada masalah pun jika ada netizen yang cuba gosipkan saya dengan CIk B

KUCAIMARS

PENYANYI

Kemunculan Cik B dalam video klip itu juga menarik perhatian netizen yang rata-ratanya ingin melihat mereka berdua menjadi pasangan kekasih di dunia nyata.

Dalam pada itu, Kucaimars memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya netizen gosipkan dirinya dengan Cik B malah tidak menolak jodoh antara mereka satu hari nanti.

“Sebenarnya saya tak ada masalah pun jika ada netizen yang cuba gosipkan saya dengan CIk B atau jodohkan kami bedua. Sebab bagi saya, kalau dah jodoh pun saya terima.

“Tapi kami pun tidak la berhubung selalu dan sebelum ini hanya contact atas dasar kerja sahaja. Sebelum ini pun, saya ada beri ucapan hari lahir kepada CIk B melalui DM Instagram,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌟 #mudahbagimu

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Total nya 5 lah #mudahbagimu

A post shared by Kucaimarz (@kucaimars) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kucaimars Lamar Cik B! Terkejut dengan keputusan yg diberi “Dalam kepala saya memang dia..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*