Kongsi Stail Rambut Baru Ayden, Ramai Puji Comel & Handsome..- Bella Astillah

Ramai peminat teruja apabila menatap foto terkini anak kepada pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah, Ayden Adrean yang sudah pun dipotong pendek rambutnya.

Penampilan baru anaknya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ketiga baru-baru ini dikongsikan si ibu menerusi satu entri terkini di Instagram.

“Ayden Adrean with his new haircut,” tulis Bella ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ayden Adrean with his new haircut 👦🏻 @aydenadrean17

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Lalu menerusi ruangan komen, entri yang sudah mendapat lebih 60,000 tanda suka itu menerima respon pelbagai daripada peminat.

Rata-ratanya memuji kecomelan Ayden dan tidak kurang yang membandingkan penampilannya yang saling tak tumpah seperti bapanya.

Sekadar informasi, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan Bella kini sedang meniti hari untuk bersalin anak keduanya, minggu ini.

Foto: Instagram Bella Astillah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "Kongsi Stail Rambut Baru Ayden, Ramai Puji Comel & Handsome..- Bella Astillah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*