Hamil Anak Kedua, Faye Kusairi Al4mi Alah4n Tervk

Meskipun sedang hamil empat bulan, pelakon Faye Kusairi berkata dia tetap aktif berlakon apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu. Menurut Faye, tiada sebab untuknya menolak tawaran berlakon meskipun sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Faye berkata dia mengal4mi al4han tervk berbanding hamil anak pertama. Akui penat berlakon ketika hamil, namun Faye berkata keadaannya baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja. Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2.

“Jujurnya, saya meng4lami al4han lebih tervk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.

“Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat. Penat juga, tetapi tidaklah tervk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me after RMO. “Conceiving” too much food at home! 😂😂😂😂😂

A post shared by 𝗙𝗔𝗬𝗘 𝗞𝗨𝗦𝗔𝗜𝗥𝗜 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 (@fayekusairi) on

Timbul spekulasi dirinya merajuk, Faye menafikan d@kwaaan tersebut. Jelasnya lagi, dia juga dia tidak menyepikan diri atau memilih tawaran lakonan, sebaliknya belum ada rezeki naskhah yang menonjolkan dirinya.

“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang buatkan penonton nampak saya. Saya tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.

“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,” katanya.

Terdahulu, Faye yang berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "Hamil Anak Kedua, Faye Kusairi Al4mi Alah4n Tervk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*