Ustaz Ebit lew bakal buka Elewsmart bermula minggu hadapan.

Pend@kwah dan penceramah bebas Ustaz Ebit Lew bakal buka Elewsmart bermula minggu hadapan.

Menerusi kongsian Ustaz Ebit Lew di Instagram, Elewsmart akan dibuka di 10 cawangan secara keseluruhan, 2 akan dibuka pada minggu hadapan dan 8 cawangan lain pada minggu seterusnya berturut-turut.

 

Ustaz Ebit memohon mendoakan supaya kedainya meletakkan harga termurah untuk semua dan sekarang ingin memberi promosi sempena hari pembukaan rasmi kedainya.

“Pohon doakan yer @Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand opening di setiap cawangan.

“Bandar Baru Bangi dibuka sabtu depan 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut”, Tulis Ustaz Ebit Liew.

Menurut satu kongsian di Twitter, setiap cawangan juga akan disediakan Food Bank untuk membantu orang yang memerlukan dan ingin memberi.

Entri tersebut mendapat banyak sambutan dari netizen. Ramai diantara mereka mendoakan agar rezeki Uztaz Ebit akan dimurahkan dan digandakan.

Mereka juga berharap agar Elewsmart ini akan lebih diketahui oleh golongan yang kurang mampu.

Dengan pembukaan Elewsmart, semoga mendapat sambutan yang baik dari semua pihak dan semoga niat Ustaz Ebit Lew untuk membantu semua orang dapat direalisasikan.

Sumber: FB Ebit Lew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Siakap Keli Rimbabara

Be the first to comment on "Ustaz Ebit lew bakal buka Elewsmart bermula minggu hadapan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*