Wanita tak sengaja pecahkan pinggan mangkuk, Betty Banafe terharu pengurus pusat beli-belah tak mel3nting – “Situasi itu sangat menyedihkan…”

TERLIBAT dalam ins1den yang menyentuh hati, pelakon Betty Banafe berkongsi kejadian yang dilalui di pusat membeli-belah apabila seorang wanita tua tidak sengaja melanggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya sehingga pecah.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 41, berkata dia berasa sedih melihat situasi itu kerana pelanggan lain yang berada di situ hanya melihat dan tidak menghulurkan bantuan.

“Hari ini semasa saya berjalan di pusat membeli-belah, tiba-tiba saya terdengar bunyi barang pecah.

“Saya jalan ke satu lorong dan ternampak beberapa orang sedang memerhati seorang wanita tua yang terlanggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya. Banyak yang jatuh ke lantai dan pecah.

Betty Banafe terharu dengan tindakan pengurus pusat membeli-belah yang bertindak secara profesional terhadap ins1den tersebut.

“Wanita itu yang kelihatan malu terus melutut dan kutip serpihan yang hancur… sementara suaminya koyakkan kod bar dan cakap yang mereka perlu bayar semuanya.

“Situasi itu sangat menyedihkan. Wanita itu tak sengaja buat silap, dan semua mata memandang dia,” tulisnya.

Bagaimanapun, ketika pelakon drama Spa Q ini ingin membantu wanita tersebut, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang merupakan pengurus tempat itu yang memberitahu mereka tidak perlu membayar ganti rugi pinggan mangkuk yang telah pecah kerana pihaknya mempunyai insurans untuk kemal4ngan seperti ini.

“Bila saya melutut disebelahnya untuk tolong dia, seorang lelaki datang kepada kami dan menyuruh kami untuk tinggalkan serpihan yang pecah itu.

Betty berharap umat Islam sentiasa muhasabah diri dan bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan.

“Dia kata pihaknya akan bersihkan dan meminta maklumat wanita itu supaya dia boleh ke h0spital dan dapatkan r@watan untuk lvka di tangannya, ” ujarnya.

Rentetan kejadian itu, Betty meminta pengikut Instagramnya agar muhasabah diri dan membayangkan jika mereka sedang berada dalam situasi sama di mana kesusahan dan kesedihan mereka hilang dengan bantuan Allah.

Betty turut mengingatkan umat Islam bahawa segala dosa dan kesalahan yang dilakukan pasti diampunkan jika mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

“Kepada anda yang sedang baca posting ini, saya mahu anda pejamkan mata dan bayangkan jika Allah sedang lakukan perkara sama kepada anda.

“Mengutip serpihan hati anda yang telah hancur daripada semua kesalahan dan tamparan yang dilemparkan kepada anda sepanjang hidup ini.

“Allah akan sembuhkan hati anda dan semua dosa dan salah yang anda pernah lakukan akan diampunkan”, ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Wanita tak sengaja pecahkan pinggan mangkuk, Betty Banafe terharu pengurus pusat beli-belah tak mel3nting – “Situasi itu sangat menyedihkan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*