Ramai artis ses4k masa PKP, DJ Fuzz ajar tip simpan emas, jangan asyik beli kasut baharu! – Hiburan | mStar

PEMBAZIRAN yang banyak berlaku dalam kalangan anak muda khususnya golongan artis, komposer DJ Fuzz terpanggil untuk berkongsi tip dan nasihat agar mereka membuat pelaburan emas untuk kegunaan masa-masa sukar.

Menurut Fuzz, terdapat segelintir artis baharu yang banyak menghabiskan wang pendapatannya dengan membeli kasut-kasut keluaran terkini.

Bagaimanapun, tindakan itu hanya sia-sia kerana harga kasut tidak kekal bertahan sebaliknya tiada siapa yang ingin membelinya di kemudian hari.

“Dulu ada seorang artis ni dia ni suka beli kasut, setiap bulan beli kasut baru.

Perkongsian DJ Fuzz tentang tip dan nasihat menyimpan wang di Instagramnya.

“Jadi, saya cakap dekat dia kaki ada dua saja, nak beli banyak-banyak buat apa? Simpanan ada?

“Saya ada cadangan untuk orang yang selalu beli kasut tapi belum sempat simpan duit, ada teknik ni saya kongsi dengan artis-artis saya dulu,” tulisnya.

Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir, 43, berkata bajet yang diperlukan untuk membeli sepasang kasut boleh digunakan dengan membeli jongkong emas.

Tambahnya, emas yang dibeli perlu disimpan dalam masa beberapa tahun bagi mendapatkan pulangan yang jauh lebih tinggi.

 

Jangan ikut cara artis saya yang tak dengar cakap saya lima tahun dulu.

DJ FUZZ

KOMPOSER

“Andaikan sepasang kasut RM500, dan andaikan 2 gram emas RM500.

“Biasanya setiap kali kita ada bajet nak beli sepasang kasut, kita akan pergi ke pusat beli-belah, betul?

“Bila nampak ada kasut baru yang stailo, terus kita angkat sebab ger4m.

“Jadi, sekarang buat teknik ni, bila masuk pusat beli-belah dengan RM500, perkara pertama yang korang buat ialah terus masuk kedai emas beli dua gram jongkong emas dan simpan.

DJ Fuzz menasihati golongan belia terutamanya artis baharu supaya berjimat dan mula menyimpan.

“Kemudian duit mesti habis, dah tak ada bajet nak beli kasut. Jadi, apa yang akan jadi selepas lima tahun?” katanya.

Membuat perbandingan antara sepasang kasut dan jongkong emas yang disimpan selama lima tahun, Fuzz berkata nilai emas tersebut meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus.

Manakala, kasut yang disimpan selama lima tahun akan rosak malah nilainya juga akan susut.

“Kalau kita beli kasut, lepas lima tahun dia akan lunyai, kalau jual pun berapa saja dapat.

DJ Fuzz berkata membuat simpanan emas mulai sekarang boleh membantu seseorang ketika dalam waktu-waktu sukar.

“Kalau kita jual emas tu hari ini harga dia akan lagi tinggi dari lima tahun lepas. Lebih kurang 50 peratus,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan ekonomi sekarang yang tidak kukuh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), artis yang tidak mendapat tawaran untuk membuat persembahan boleh menjual emas tersebut untuk mendapatkan wang.

Fuzz turut menasihati penyanyi baharu supaya tidak terikut gaya hidup artis yang pernah berada di bawah naungannya yang tidak membuat simpanan wang dan menyesal di kemudian hari.

“Sepanjang PKP ni kalau tak ada persembahan, bila nak cari duit sikit boleh jual emas tu dekat kedai emas. Kalau kasut, ada orang nak ambil ke?

DJ Fuzz berharap penyanyi baharu tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah segelintir golongan artis.

“Jadi adik-adik, jangan ikut cara artis saya yang tak dengar cakap saya lima tahun dulu. Sebab sekarang mesti dia berharap dia beli emas lima tahun dulu.

“Kita kongsi di media sosial, kasihan dekat orang yang kena beratur nak jual emas. Sekurang-kurangnya dia ada emas, kita?

“Kita menangis babe. Sebab kita seketul pun tak ada,” jelasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ramai artis ses4k masa PKP, DJ Fuzz ajar tip simpan emas, jangan asyik beli kasut baharu! – Hiburan | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*