Rakan Artis Terkejut & Sedih Mengenai Percer4ian Sharifah Sakinah

Semalam pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsi khabar berita yang mengejutkan yang mana dia telah mengumumkan percer4ian dengan suaminya yang juga seorang juruterbang, Aliff Adha, sejak Mei lalu.

Sudah Tidak Sebumbung Sejak Mac 

Menerusi laporan BH Online, Sakinah dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac yang lalu dan berp1sah secara baik. Terdahulu, beberapa portal hiburan melaporkan terdapat d@kwaan suami kepada seorang pelakon telah menggunakan aplikasi Tinder secara terbuka di Internet yang mana turut dikaitkan dengan Aliff.

“Kami berp1sah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berp1sah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,”

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

IKLAN

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Rakan Artis Terkejut 

Dalam perkembangan lain, rata-rata rakan artis seperti Nourul Wahab, Tya Ariffin dan ramai lagi turut terkejut mengenai perkhabaran tersebut. Malah mereka turut berharapkan agar Sakinah tabah mengharungi dug4an serta mendoakan yang terbaik buat pelakon yang popular menerusi Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

Sakinah dan Aliff telah bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Jaydee/Murai

Be the first to comment on "Rakan Artis Terkejut & Sedih Mengenai Percer4ian Sharifah Sakinah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*