“Siapa Tak Nak Dapat Menantu Cantik, Baik & Hormat Orang Tua,” – Anak Zarina Zainuddin Mahu ‘Lamar’ Mira Filzah?

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 32, Mira Filzah.

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Zarina Zainuddin, ada berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagat anaknya, Azal yang mahu melamar Mira.

Pada masa yang sama, Zarina turut memberi pujian kepada Mira yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menantu.

“Buat hal Azal ni, nak melamar Mira Filzah pulak.. nasib lah Mira Filzah baik… siapa tak nak kan dapat menantu cantik, baik dan hormat orang tua macam Mira Filzah ni.

“Nak tahu apa respon Mira Filzah? Tengoklah dekat youtube Mangkin Pictures..” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat hal Azal ni, nak melamar Mira Filzah pulak.. nasib lah Mira Filzah baik… siapa tak nak kan dapat menanti cantik, baik dan hormat orang tua macam Mira Filzah ni.. nak tahu apa respon Mira Filzah? Tengoklah dekat youtube Mangkin Pictures… 😝

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Azal bersama Mira yang kelihatan sangat comel.

Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Video: Instagram Zarina Zainuddin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Siapa Tak Nak Dapat Menantu Cantik, Baik & Hormat Orang Tua,” – Anak Zarina Zainuddin Mahu ‘Lamar’ Mira Filzah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*