“Saya Tak Anggap Itu Sebagai Beban,” – Tak Pernah Missed, Sharnaaz Ahmad Rupanya Jumpa Jebat 3 Kali Setiap Hari

“Tak pernah missed lagi walaupun sehari.” Itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad apabila ditanya kekerapan bertemu anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini tinggal bersama isterinya, Noor Nabila.

Kata Sharnaaz lagi, lazimnya dia akan meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu tiga kali dalam sehari.

“Saya jumpanya tiga kali sehari iaitu setiap pagi, tengahari dan malam. Setiap kali bertemu Jebat lazimnya saya akan isi masa antara 1 hingga 2 jam.

“Rumah kami boleh dikatakan dekat, jadi ia memudahkan.

“Kalau tidak ada penggambaran, sebelah pagi saya akan ke gim, kemudian sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat. Lepas tu saya akan bawanya jalan-jalan.

“Sebelah malam pula saya akan bawa dia pusing KL,” ded@h Sharnaaz kepada MH.

Ditanya samada pernah mengeluh kerana perlu berbuat demikian, bintang drama Lelakimu Yang Dulu ini menyifatkan ia bukanlah satu beban.

“Saya sudah biasa dengan rutin sedemikian, meski pada peringkat awal rasa pelik juga kenapa aku kena berpisah dengan anak macam ni.

“Akan tetapi apabila diberikan sedemikian, saya kena terimalah.

“Saya tidak anggap itu sebagai beban. Jujurnya kalau saya tak jumpa Jebat lebih dari lima jam, saya pula yang rasa tak betul,” jelasnya lagi.

Sharnaaz pada masa sama turut menjelaskan, ada ketika dia akan membuat panggilan video untuk berinteraksi dengan permata hatinya itu.

“Cuma kalau waktu nak jumpa dia belum bangun lagi dan saya di set lokasi, selalunya akan video call. Ibu dia pun bagi.

“Jadi tak ada masalah,” ujarnya optimis.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada selebriti dan pengacara popular, Neelofa itu. pada 31 Mac 2017.

Bagaimanapun, timbul k0nflik melib4tkan rumah tangga mereka sejak tahun lalu dan keduanya kini sedang menantikan keputusan Mahk4mah Syariah yang akan diketahui, tidak lama lagi.

Bagaimanapun ujar Sharnaaz, dia dan Nabila, tetap berkawan demi anak.

Malah, Sharnaaz turut menjelaskan, dia sudah ‘move on’ dan menerima apa saja keputusan kelak.

Pelakon ini terdahulu ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman miliknya, Bubble Bee di Danau Kota, Setapak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Saya Tak Anggap Itu Sebagai Beban,” – Tak Pernah Missed, Sharnaaz Ahmad Rupanya Jumpa Jebat 3 Kali Setiap Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*