Berbulan terpisah kerana ‘lockd0wn’, gelagat comel dua sahabat baik bertemu pertama kali bikin hati netizen cair

GELAGAT comel sepasang sahabat cilik yang berpelukan ketika bertemu selepas beberapa bulan ‘terpisah’ gara-gara perintah berkurung (lockdown), mencuri perhatian netizen.

Video tersebut dirakamkan oleh ibu kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan.

Riak wajah dan reaksi kedua-dua sahabat baik itu yang langsung tidak menduga akan bertemu, begitu mencairkan hati netizen.

Menerusi video berkenaan, kelihatan kedua-duanya berlari sebaik sahaja terperasan kelib4t wajah antara satu sama lain.

Mereka lantas berpelukan dan melompat kegembiraan sambil diperhatikan oleh ibu masing-masing.

Kedua-duanya yang berusia tiga tahun dan berasal dari New York, menjadi sahabat baik sejak bertemu di pusat jagaan dua tahun lalu. – Mirror.co.uk

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Berbulan terpisah kerana ‘lockd0wn’, gelagat comel dua sahabat baik bertemu pertama kali bikin hati netizen cair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*