Bella Baru Umum Bercer4i, Sekali Bekas Kekasih Luah Sesuatu

BERITA mengenai pelakon Laudya Cynthia Bella yang mengesahkan sudah bercer4i dengan Engku Emran mengejutkan banyak pihak terutamanya dalam kalangan rakan selebriti.

Memetik laporan Liputan6, pengacara terkenal Raffi Ahmad yang juga bekas kekasih kepada Laudya mengetahui perkara itu selepas membaca sebuah artikel di portal hiburan.

Bagaimanapun, Raffi hanya mampu mendoakan agar segala keputusan yang dibuat Laudya adalah yang terbaik buat aktres itu.

“Saya baru mengetahui berita yang kurang menyenangkan daripada rakan saya, bukan daripada Vicky tapi dari rakan saya yang lain.

Raffi mengetahui berita perpisahan Laudya dan Engku Emran menerusi artikel di portal hiburan.

“Selepas baca sebuah artikel mengenai perkara itu, saya hanya mampu mendoakan agar keputusan itu adalah keputusan yang terbaik.

“Saya sentiasa mendoakan agar awak (Laudya) sentiasa dilindungi Allah dan kuat menjalani kehidupan di masa hadapan. Kalau awak perlu apa-apa, boleh hubungi saya saja. Semoga awak tabah,” kata Raffi.

Raffi dan Laudya pernah menjalinkan hubungan istimewa sekitar 2000-an selepas bergandingan dalam sebuah drama namun perpisahan itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus berkawan.

Menerusi laporan mStar pada 1 Julai lalu, Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Bella Baru Umum Bercer4i, Sekali Bekas Kekasih Luah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*