Dituntut Bayar RM160,000, Ini Komen Nelydia Senrose

Nelydia Senrose yang juga pelakon terkenal berdepan tindakan sam4n daripada syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd kerana did4kwa mel4nggar kontrak sebagai duta, tahun lalu.

Pengasas yang juga Pengarah Urusannya, Mandy Leong ketika ditemui berkata, pihaknya hanya mahu menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi.

” Sebaik dia (Nelydia) bersetuju dengan kontrak syarikat kami sebagai duta, saya sudah membayarnya sebanyak RM102,000 iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh.

” Bagaimanapun, dia gagal melaksanakan tanggungjawab apabila tidak melakukan aktiviti promosi dan publisiti seperti yang termaktub dalam kontrak.

” Antaranya membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial, menghadiri dua kali promosi di televisyen dan datang ke majlis pelancaran produk kami pada 25 April tahun lalu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya! Salah silap kami harap di ampun ❤️ 0-0 ok? 😘

A post shared by @ nelydiasenrose on

Menurut Mandy, dia kesal kerana pelakon itu tidak memberi kerjasama sebaiknya sebagai duta produk yang dilantik kerana hanya terbabit dengan satu sesi fotografi produk sahaja.

Hari ini, berlangsung prosiding perbicaraan hari pertama k3es itu yang dijalankan di hadapan Hakim Shamsuddin Abdullah di Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku defendan kedua Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han.

Reaksi Nelydia

Sementara itu, Nelydia ketika ditemui di perkarangan mhkamah berkata, dia tidak boleh mengulas mengenai tuntutan berkenaan dan menyerahkan kepada pihak mhkamah.

” Maaf saya tak boleh komen apa-apa mengenai k3es ini kerana tidak mahu mengganggu proses mhkamah.

” Apapun, kehadiran saya di sini adalah sebagai tanda kerjasama penuh diberikan terhadap perbicaraan k3es ini,” katanya.

Perbicaraan akan disambung pada 16 Julai depan.

Pada 30 April 2017, beliau telah dikenakan war4n tangk4p oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas lima pertuduhan termasuk gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi tempoh lima tahun.

Beliau turut menghadapi satu lagi pertudvhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN.

Bagaimanapun, war4n tangk4p yang dikenakan ke atas Nelydia telah ditarik balik oleh LHDN pada 24 Mei 2017 kerana beliau telah menjelaskan cukai pendapatan.

Nelydia berkahwin dengan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019 dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di KL

Di luar kerjaya lakonan, Nelydia telah menubuhkan kedai emas yang diberi nama Nelydia Jewels yang dilancarkan pada 20 Januari 2020 dan beroperasi di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Dituntut Bayar RM160,000, Ini Komen Nelydia Senrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*