Khalid Jamlus Lelong kasut emas, Rupanya Ada Kaitan Dgn Mak, ayah dia

KUALA LUMPUR: “Tindakan saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang kerana saya cuba buat apa yang saya rasa bersesuaian dan sepatutnya saya lakukan, dengan keadaan hidup saya ketika ini.”

Demikian luahan bekas bintang bola sepak Perak, Muhamad Khalid Jamlus, yang bertindak melelong beberapa barangan peribadi termasuk kasut emas, jersi dan pingat yang dimenanginya sebelum ini.

Tegasnya, apa yang dilakukan itu adalah berlandaskan situasi kehidupan yang dilaluinya sekarang dan ia tidak salah di sisi und4ng-und4ng.

“Secara jujurnya, benda ini berlaku berpunca daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) akib4t wab4k COV1D-19 ini.

“Sebelum ini, memang saya ada terlibat menjadi duta produk, yang mana, abang ipar saya sendiri banyak membantu.

“Namun, sampai bila saya ingin mengharapkan bantuan orang? Barang-barang itu (yang dilelong) hak milik saya, bukan saya jual barangan orang lain,” katanya ketika ditemu bual Astro ARENA pada Isnin.

Jelas Khalid, 43 tahun, apa yang dilakukannya adalah satu faktor kehidupan, memandangkan beliau tidak mempunyai punca pendapatan dan berasa terdesak dengan situasi yang dilalui ketika ini.

“Apa yang boleh kita jangkakan kalau tiga tahun tidak bekerja? Saya juga ketua keluarga, saya rasa terdesak.

“Saya bukan hanya berdiam diri, saya sudah menyuarakan hasrat saya untuk menjadi jurulatih di Perak, begitu juga di Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Tetapi, saya tidak nampak peluang itu,” jelasnya lagi dalam keadaan yang seb4k.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga dalam membuat keputusan melepaskan kesemua barangan yang cukup berharga dan mempunyai ‘sentimental value’ itu, ini penjelasan beliau.

“Apa yang saya buat ini adalah untuk menampung perbelanjaan saya. Saya masih lagi mempunyai emak dan ayah. Ayah dan emak saya pun tidak sihat.

“Jadi, kepada siapa lagi saya ingin mengadu perkara ini? Apa yang saya lakukan ini adalah untuk masa depan keluarga saya, untuk kelangsungan hidup,” tambah Khalid.

Khalid Jumaat lalu melelong kasut emas yang dimenanginya selepas menjuarai Liga Perdana pada 2002 dengan harga bidaan RM10,500 menerusi sesi Facebook Live yang berjaya menarik lebih 1,000 penonton.

Berikut reaksi  netizan

“Mintak KBS tolong tebus balik drpd pembida yg berjaya tu dan hadiahkan semua kpd saudara Khalid ni. Sebagai tanda penghargaan atas jasa2 dia

” Ape bod0h la yg kecam dia…bukan dia jual dad4h ke, jual barang org ke…ape kau ingat klu xde duit , kasut tu boleh dimkn ape ..dia jual demi kelansungan hidup…membantu keluarga..

” Dia biras aidil zafuan kan? Harap2 player yang lain pun beringat bila dah tak active bermain nanti, kena ada sumber pendapatan yang lain. Semoga dimurahkan rezeki dia utk tolong parents..

“Mslhnye dia jual murah sgt. Rm10k. Owner baru dpt jekpot la. Brg rare only one klu jual blk konfem makap berpuluh2 ribu

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment on "Khalid Jamlus Lelong kasut emas, Rupanya Ada Kaitan Dgn Mak, ayah dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*