Sampai Bengkok Lilin, Gara2 Ini Foto Uqasha Senrose, Kamal Adli Dihujani Komen Netizen

GARA-GARA membuat suntingan keterlaluan pada foto di majlis ulang tahun ke-28, pelakon Uqasha Senrose menerima teguran pengikut laman sosialnya.

Menerusi foto tersebut, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menyunting bahagian pi1nggulnya sehingga membuatkan lilin pada kek hari jadi turut membengkok.

Foto romantik bersama pelakon Kamal Adli itu turut mendapat perhatian jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

“Perangai! Herot lilin… selamat hari jadi Uqasha. Awak hebat! Rindu awak,” komen Alha Alfa.

Uqasha ditegur netizen selepas berkongsi foto ulang tahun yang disunting.

“Tertarik dan tak perasan… habis la kita kena kec4m ni,” jawab Uqasha.

Berikutan ins1iden itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Instagram Uqasha dengan meluahkan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut.

Segelintir mereka menganggap tindakan itu dilakukan bertujuan menampakkan bentuk badannya menjadi lebih menarik dan kecil.

“Ya Allah, siapa yang edit ni. Ketara sangat kecilkan badan.

Uqasha meraikan ulang tahun yang ke-28 bersama kenalan rapat dan ahli keluarga.

“Sampai bengkok lilin api tu. Maaf la mata sis tertumpu.

“Selamat hari jadi kak Sha tapi kenapa kak Sha edit tervk sangat.

“Mak ai… edit sampai melengkung betul lilin tu,” komen beberapa netizen.

Ramai peminat mendoakan agar Uqasha dan Kamal ditemukan jodoh.

Dalam pada itu, kehadiran pelakon Kamal Adli pada majlis istimewa itu turut mencuri perhatian netizen.

Rata-rata mendoakan agar pasangan itu segera ditemukan jodoh.

“Kalau Kamal Adli ada di situ, aku reda dan akan ambil setapak ke belakang.

“Selamat hari jadi Uqasha. Semoga Allah limpahi rahmat. Cepat saja la kahwin dengan Kamal,” tulis beberapa netizen.

Spekulasi hubungan antara Uqasha dan Kamal timbul selepas mereka sering berkongsi foto dan video bersama di Instagram.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Sampai Bengkok Lilin, Gara2 Ini Foto Uqasha Senrose, Kamal Adli Dihujani Komen Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*