Cem4s! Mak Wan jatuh p3ngsan semasa ‘live’, Didie Alias terpaksa hentikan rancangan – “Dia terkejut dapat tajaan tunai umrah”

PELAKON senior Mak Wan jatuh p3ngsan selama lima minit setelah dimaklumkan menjadi penerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah.

Detik cem4s itu dikongsi oleh pelakon Didie Alias yang menyaksikan insiden itu semasa siaran langsung dalam sebuah program di laman Facebook, baru-baru ini.

Cerita Didie, dia selaku pengacara program terkejut apabila Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud tiba-tiba ses4k nafas dan pengsan selepas dimaklumkan mengenai sumbangan tersebut.

“Semua kru di studio terkejut termasuklah saya! Mak Wan tiba-tiba ses4k nafas, pitam dan p3ngsan dengan mata terbuka dan mulut ternganga kira-kira lima minit sebelum sedar semula.

“Kita terpaksa hentikan program tersebut… Mak Wan terkejut apabila mengetahui impiannya itu tercapai dan tak sangka ada pihak bermurah hati menajanya menunaikan umrah.

Program terpaksa dihentikan apabila Mak Wan p3ngsan setelah menerima sumbangan pakej umrah.

“Bagaimanapun keadaan semuanya terkawal dan kami sambung semula program selepas Mak Wan kembali stabil. Mungkin sebab Mak Wan ada asma menjadi faktor ses4k nafas!,” katanya kepada mStar.

Program bual bicara Lady Didie Talk Show bersiaran selama 13 episod boleh ditonton di Facebook Lady Didie TV dan Youtube Didie TV setiap hari Jumaat dan Ahad pvkul9 malam.

Dalam program tersebut, artis jemputan dan individu yang kurang bernasib baik akan diund4ng dan menerima sumbangan tajaan daripada penaja.

Program siaran langsung ini beri sumbangan untuk golongan artis dan mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Didie berkata pihak penaja bersetuju untuk memberikan sumbangan pakej umrah tersebut setelah mendengar luahan hati Mak Wan.

“Mak Wan kata nak buat umrah itu memang impian dia sebab dia pun tak berapa sihat… sedih apabila dia kata sudah lama teringin nak pergi umrah, nak m4ti dekat sana dan sebagainya.

“Selepas berkongsi cerita, kita buat kejutan dengan menyerahkan mock up hadiah tajaan secara langsung dan dia sangat terkejut.

“InsyaAllah selepas Perintah Kawalan Pergerakan dan semua orang boleh keluar negara seperti biasa, Mak Wan akan berlepas ke Makkah, ” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:  Mstar

Be the first to comment on "Cem4s! Mak Wan jatuh p3ngsan semasa ‘live’, Didie Alias terpaksa hentikan rancangan – “Dia terkejut dapat tajaan tunai umrah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*