“Terpaksa Meminjam Wang, Hut4ng Banyak..” – Saharul Ridzwan

KUALA LUMPUR: Aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan, 31, tidak malu mengakui pernah mengalami zaman kejatuhan selepas berdepan masalah kewangan pada 2017.

Tiga tahun lalu, bapa kepada dua cahaya mata itu terpaksa meminjam wang dalam jumlah yang banyak untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Semuanya salah sendiri kerana saya tidak beringat. Bayangkan, pendapatan yang diperoleh dengan berlakon habis begitu sahaja.

“Saya bor0s berbelanja dan menghabiskan wang untuk perkara bukan-bukan dan tak menentu. Akhirnya, saya terdesak meminjam duit dengan kawan.

“Lebih menyedihkan, momen kroni1k dalam hidup berlaku selepas isteri melahirkan anak sulung, Muhammad Luth Ali. Saat itu, saya sampai tahap menjual barangan, nak gadai koleksi peribadi dan catu bawa duit RM30 sehari,” kata pelakon drama Korban Kasih itu.

Namun, katanya, dia mula tersedar daripada lamunan saat melihat Ali membesar depan mata. Dalam masa yang sama, dirinya masih bergelut dengan ketiadaan wang ringgit.

“Saya anggap kehadiran Ali yang semakin membesar membakar semangat untuk keluar daripada zon tidak selesa. Saya tetapkan dalam diri Ali menjadi penyebab besar untuk saya berubah.

“Saya mula menyimpan duit untuk masa depan. Saya mula fikirkan masa depan keluarga. Adakah dengan berlakon semata-mata atau saya perlu jaminan lain.

“Sebab itu, saya menghasilkan keluarkan produk pada 2019. Saya percaya inilah waktu terbaik untuk terus merencana masa depan,” katanya kepada BH Online.

Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata, rakannya, Fizo Omar menjadi individu yang berada di sisi, selain banyak membantu ketika berdepan kegetiran hidup.

“Saya jumpa dengan Fizo dan tanya bagaimana mahu memperbaiki hidup? Daripada situ, saya mula melakukan anjakan dalam hidup.

“Saya akhirnya berjaya melunaskan hut4ng piutang. Cuma, kini tinggal hut4ng dengan bank sahaja. Alhamdulillah, hut4ng lain diselesaikan. Saya anggap ini adalah pencapaian terbaik,” katanya.

Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Fateema Azzahra.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ni hari apa? . 🕴🏻: @bonzainal3003 @gentscodemagazine

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH

Be the first to comment on "“Terpaksa Meminjam Wang, Hut4ng Banyak..” – Saharul Ridzwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*