Ayda Jebat tinggal sebumbung dengan tunang? buat ada yang bertanya, ini alasan mereka

LEBIH dua bulan mengikat tali pertunangan, pasangan pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir kelihatan semakin mesra apabila banyak menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun yang kurang menariknya apabila netizen mula berteka-teki sama ada mereka tinggal serumah kerana kerap berkongsi perkembangan bersama di laman sosial.

“Seronoknya… belum kahwin boleh satu rumah walaupun realiti ada ramai di rumah, ni berdua saja dalam video.

“Dulu-dulu aku bertunang jangan harap dapat jumpa macam ni selalu,” komen seorang netizen.

Nabil dan Ayda sering berkongsi foto dan video mereka di kediaman yang sama.

Bagaimanapun kebimbangan yang dib4ngkitkan netizen terjawab apabila Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, membalas komen berhubung 1su berkenaan.

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini berkata dia masih tidak berani untuk keluar rumah dalam keadaan pandemik Cov1d-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Kita masih tak berani nak keluar sangat… takut.

“Jadi, lebih baik jumpa, mesyuarat, penggambaran di rumah. Lebih selamat dan selesa. Tak perlu pakai mask dan sanitizer,” tulis Ayda.

Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian (online) pada 28 April lalu.

Kisah perhubungan pasangan selebriti ini mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Ayda berkongsi foto cincin lamaran yang diterimanya semasa ulang tahun kelahiran ke-28 pada 18 Mac lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Kisah Benar

Be the first to comment on "Ayda Jebat tinggal sebumbung dengan tunang? buat ada yang bertanya, ini alasan mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*