‘Aku Juga Manusia…’ – BCL

Umum sedia maklum, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari kehilangan suaminya, Ashraf Sinclair pada tanggal 18 Februari 2020. Pemergian itu pastinya meningg4lkan kesan buat Bunga dan anak lelakinya, Noah.

Sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun Youtube BCL didedikasikan khas buat arw4h suami. Video berdurasi 11:19 minit itu diberi tajuk ‘Dear Love…’. Dalam video tersebut juga memaparkan kekuatan Bunga meneruskan kerjaya seninya dan disokong oleh ramai peminat.

Aku berusaha bangkit berdiri

Momen di dalam video ini diambil semasa kali pertama kemunculan penyanyi itu di khalayak ramai. Sudah tentu suasana sedih dan hiba menemani Bunga sepanjang persembahan. Lokasi acara itu pernah dipersembahkan Bunga sambil ditemani Ashraf Sinclair dan anak mereka.

Aku juga manusia…

Pada durasi ke 5:17 minit, Bunga dilihat memberi respon kepada beberapa d4kwaan netizen yang melihat dia seolah belum move-on dengan pemergian arw4h suaminya.

Sebahagian orang mungkin tidak memahami segala proses yang aku jalani dan segala pilihan yang aku buat. That’s okay, they don’t have too. Hanya kadang mereka lupa, aku juga manusia. Yang juga bisa sedih dan s@kit saat dinilai oleh banyak watak.

Aku berusaha bangkit

Bunga bagaimanapun akan terus bangkit dan kuat bagi menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada Noah. Walaupun, dia mengakui tidak cukup kuat untuk teruskan kehidupan tanpa cinta hati namun, dia nekad untuk kembali buat keluarga dan peminat. Penyanyi Cinta Sejati itu mengucapkan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong perjalanan hidupnya serta memahami situasi yang dialami Bunga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BCL

Be the first to comment on "‘Aku Juga Manusia…’ – BCL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*