Ini tindakan spontan Ogy Bila Nampak Je Khir Rahman Dekat Set

Pelakon dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud menjelaskan bahawa hubungannya dengan pengarah Khir Rahman masih baik biarpun dirinya sebelum ini terpalit dengan isu tunggakan bayaran menerusi satu produksi teater yang diterbitkannya.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy, hubungan silaturahim antara mereka masih kekal terjaga sebagai rakan dalam satu industri.

“Kami sangat profesional, tak perlu nak putuskan silaturahim kerana saya berhutang dengan beliau.

“Saya bukan manusia yang sebegitu ya. Kami berlakon bersama kerana sudah tertulis ini rezeki kami berdua. Apa yang saya lalui itu bahagian saya,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Ogy turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama-sama Khir ketika berada di satu set penggambaran.

Justeru menurut Ogy, dia meminta agar tiada pihak yang cuba mensensasikan 1su hutang yang melibatkan antara mereka berdua sebelum ini.

“Saya bayar pun saya tak perlu nak maklumkan pada wartawan. Saya dan Khir corak pemikiran kami tak seperti ‘mereka’ yang harus berterusan nak berdend4m, bermusvh.

“Kalau wartawan-wartawan online ataupun ada antara anda yang dok mengh3ntam saya nak tolong bayarkan kan bagus,” katanya.

Terdahulu, Ogy dilaporkan gagal melunaskan bayaran kepada tenaga produksi teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Ogy kemudian tampil menjelaskan bahawa dirinya sedang berusaha mencari dana bagi melunaskan kesemua baki bayaran kepada kru produksi.

“Kami Sangat Professional. Tak Perlu Nak Putuskan Silaturahim. Kerana Saya Berhutang Dgn Beliau. Saya Bukan Manusia Yg Sebegitu Ya. Kami Berlakon Bersama Kerana Sudah. Tertulis Ini Rezeki Kami Berdua. Apa Yg Saya Lalui Itu Bahagian Saya Jadi..Wartawan2 Online Ni. Tak Perlulah. Nak Men”SENSASIKAN” Pasal Hutang. Saya Dgn Beliau. Saya Bayar Pun Saya Tak Perlu Nak. Maklumkan Pada.Wartawan.Saya Dan Khir Mind Set Kami Tak.Seperti “MEREKA” Yg Harus Terus2an.Nak Berdendam, Bermusuh.Kalau Wartawan2.Online Ataupun Ada.Diantara Anda Yg Dok Menghentam.Saya Nak Tolong Bayarkan.Kan Bagus”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment on "Ini tindakan spontan Ogy Bila Nampak Je Khir Rahman Dekat Set"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*