“Dua Tahun Engku Emran Menjadi Suami Saya, Banyak…”- Laudya Cynthia Bella Akhirnya Sahkan Sudah Bercer4i

Pelakon Laudya Cynthia Bella, 32, akhirnya tampil mengesahkan sudah bercer4i dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, sekali gus menjawab teka-teki mengenai status perkahwinan mereka selama ini.

Menurut Laudya, mereka berdua berpisah secara baik dan perkahwinan tersebut banyak memberi hikmah kepada dirinya.

“Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.

“Sudah pelbagai usaha kami lakukan yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT. Rumah tangga kami hanya sampai di sini. Segala proses kami juga lalui dan saat ini semuanya sudah selesai.

“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya peroleh. Insya-Allah semua itu saya jadikan bekalan, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,” katanya dalam program Insert Pagi.

Laudya berharap penjelasan itu dapat menjawab pertanyaan yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan ramai selama ini.

Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.

Selepas sah menjadi isteri Engku Emran, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.

Pasangan ini juga tidak dikurniakan anak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Dua Tahun Engku Emran Menjadi Suami Saya, Banyak…”- Laudya Cynthia Bella Akhirnya Sahkan Sudah Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*