Guna teka-teki gajah m4ti, “Kenapa bila v4ksin, sibuk hent4m seakan-akan har4m?”- Dr Sakinah

APABILA ada golongan yang ‘bukan ahli’ memberi pandangan mengenai 1su berat, pastinya ia sangat membimbangkan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi masyarakat dengan fakta yang tidak tepat.

Namun apa yang lebih membimbangkan apabila ‘dakyah’ disebarkan begitu pantas dengan adanya pelbagai platform media sosial pada masa kini.

Itulah yang menjadi kebimbangan seorang doktor apabila wujud golongan yang pandai-pandai memberikan pandangan mengenai 1su kesihatan yang dalam masa sama mengaitkan soal hukum agama bagi menegakkan dakyah mereka.

Lantang menyuarakan pandangannya di Facebook, Dr Sakinah Sulong menerusi perkongsian terbaharunya di laman sosial menegur golongan acah-acah arif soal hukum agama namun sibuk mengeluarkan fatwa sendiri mengenai v4ksin dan proses Newater di Singapura.

“Sesetengah vaksin dikatakan menggunakan sel berunsur najis dalam proses pembikinannya tetapi hasil akhirnya sudah dikira suci berdasarkan prinsip Istihalah.

“Begitu juga air newater yang berasal dari air yang kotor telah diproses dan dir4wat sehinggakan hilang sifat asalnya dan dihukumkan harus untuk diminum

“Dua-dua (v4ksin dan newater) dihukumkan harus oleh mufti baik dari Singapura mahupun dari Malaysia,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Tangkap layar (screenshot) komen seorang netizen yang mengvndang perhatian Dr Sakinah untuk tampil membuat teguran.

Teknologi pemuliharaan air atau newater merupakan proses r@watan semula air yang diamalkan di negara Singapura akibat bekalan air yang terhad.

Newater adalah air sisa kumbahan yang telah dirawat yang dihasilkan untuk tujuan sebagai air minuman seperti di Singapura.

Bagaimanapun, golongan yang bukan ahli ini pandai-pandai mengeluarkan hukum mengenai kedua-dua isu berkenaan hanya berlandaskan logik sendiri.

Bagi memberikan penerangan yang lebih jelas, Dr Sakinah turut menampilkan satu analogi agar supaya masyarakat dapat menghadam 1su berkenaan.

Pandangan mufti mengenai pengambilan suntikan v4ksin bagi mencegah peny4kit adalah harus kerana selari dengan kaedah pencegahan yang dianjurkan Islam.

“Satu hari dulu, mak saya pernah bagi teka-teki, ada seekor gajah m@ti di hulu sungai. Bangkainya terdampar di tengah-tengah aliran sungai.

“Datanglah seorang nak ambik wuduk, tak sampai 100 meter dari bangkai tersebut, ke hilir sungai. Sahkah wuduk tersebut?

“Dikira logik, ini bangkai gajah. Macam dah tak bersih air sungai tu, apatah lagi kekal sebagai air mutlak.

“Tapi dari segi hukum, seandainya air tu mengalir dan tidak nampak sifat najisnya, ia sudah boleh dianggap sebagai air mutlak. Jadi wuduk tersebut tetap sah,” tulisnya.

Justeru tegas doktor ini, 1su-1su membabitkan hukum halal dan haram sewajarnya dirujuk kepada golongan yang memang ahli dan layak untuk memberikan pandangan.

Newater adalah air sisa kumbahan yang telah dirawat yang dihasilkan untuk tujuan sebagai air minuman seperti di Singapura.

“Kenapa bila v4ksin, sibuk dihentam seakan-akan ia barang haram tetapi bila soal air yang jadi bahan minuman harian, pandai pula ia didiamkan. Dua-dua sama hukumnya.

“Inilah menunjukkan kebaikan dalam fiqh Islam.

Ada penjelasannya dan hukumnya yang hanya orang lebih alim lebih tahu. Bukan level kita orang awam.

“Belajarlah mendengar dari yang ahli. Jangan sebar fitnah atau persepsi sesedap rasa ikut logik sendiri,” tulisnya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Guna teka-teki gajah m4ti, “Kenapa bila v4ksin, sibuk hent4m seakan-akan har4m?”- Dr Sakinah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*