Enam bulan pem3rgian bapa, Farahdhiya masih rasa kehilangan – “Rindu yang paling s4kit… hilang tempat mengadu”

GENAP enam bulan pem3rgian bapanya, penyanyi Farahdhiya masih tidak dapat melupakan kenangan yang dilalui bersama.

Farahdhiya, 36, berkata, walaupun reda dengan pem3rgian bapanya iaitu Mohd Amin Zubir, namun kerinduan yang dirasai tidak dapat dibandingkan dengan perasaan lain.

“Pem3rgian Dada (ayah) banyak mengajar Farah tentang sabar dan reda pada sebuah perpisahan.

“Rindu yang paling s@kit adalah rindu pada orang yang telah pergi meninggalkan kita. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang sahaja yang akan faham perasaan itu,” katanya.

Farahdhiya bersama Allahy4rham bapanya, Mohd Amin Zubir.

Tambahnya, hubungan rapat dengan Allahy4rham membuatkan dia seperti kehilangan kawan baik.

Hanya arw4h bapanya yang memahami mampu menenangkannya dalam apa jua keadaan.

“Betul, kem@tian itu rahsia Tuhan. Sampai sekarang masih lagi rasa kehilangan. Kehilangan yang tiada gantinya.

“Kehilangan seorang ayah merangkap kawan baik Farah, arw4h sanggup dengar keluhan dan rintihan Farah, sentiasa ada di kala susah senang sanggup korbankan segalanya untuk kebahagiaan anak-anak.

“Dada seorang sahaja yang boleh menenangkan Farah dalam apa sahaja keadaan,” ujarnya.

 

Alangkah seronoknya kalau Farah ada bersama Dada di sana

FARAHDHIYA

PENYANYI

Penyanyi lagu Bertakhta Dihati ini turut meluahkan keinginannya untuk berada bersama bapanya.

Katanya, pusara Allahy4rham kini menjadi tempat kegemarannya.

“Kadang-kadang terdetik di hati, alangkah seronoknya kalau Farah ada bersama Dada di sana.

“Setelah enam bulan Dada pergi, rumah baru Dada (kubvr) tetap jadi tempat kegemaran Farah,” katanya.

Bapa Farahdhiya men1nggal dunia pada Januari lalu akib4t Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).

Menurut peserta Gegar Vaganza musim kedua ini, bapanya merupakan tempat dia meluahkan segala isi hati.

Namun, penyanyi itu sentiasa ingat pesan arwah agar sentiasa bersyukur dan berbuat baik pada semua orang.

“Banyak benda Farah nak cerita dan mengadu pada Dada, tapi dah tak ada dah semua tu, takkan ada lagi waktu itu.

“Dada selalu pesan untuk sentiasa bersyukur, jangan harapkan orang, hidup kena bersederhana, sentiasa berbuat baik, jangan ambil kesempatan, jangan aniaya orang, jangan susahkan orang lain, jangan burvk sangka, kawan biar berpada-pada dan jangan lupa pada Dia,” jelasnya.

Walaupun merindui arw4h bapanya, Farahdhiya reda akan pem3rgian Allahy4rham.

Dalam pada itu, dia turut menasihati peminatnya yang masih mempunyai ibu bapa agar tidak mensia-siakan kasih sayang mereka.

“Ramai sayang Dada, Alhamdulillah. Terima kasih Dada atas perjuanganmu, atas kebaikkanmu, atas semua nasihat.

“Untuk anda yang masih mempunyai ibu dan bapa, jangan sia-siakan kasih sayang mereka,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Enam bulan pem3rgian bapa, Farahdhiya masih rasa kehilangan – “Rindu yang paling s4kit… hilang tempat mengadu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*