Aliff Syukri Buat Keputusan Untuk Berehat, Akib4t Di t1pu Oleh Individu Rapat, Ini Puncanya…

Agak lama tidak mendengar cerita tentang usahawan kosmetik kntr0versi, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman.

Terbaru, beliau memuatnaik hantaran di Instagram meluahkan perasaan mahu berehat dari dunia perniagaan selepas bertahun-tahun terbabit dalam dunia kosmetik.

Aliff Syukri memberi bayangan mahu berehat kerana penat ‘dimakan’ (dit1pu) oleh individu rapat.

” Kadang-kala saya terfikir untuk berehat di rumah sahaja habiskan duit mana yang ada..sebab penat nak buat bisnes nak bantu orang berjaya bersama, tetapi kita pula yang dimakan.

” Terima kasih kepada yang dah makan saya..susah nak percaya dengan semua sekarang banyak sangat talam dua muka..

” Kadang-kala tak perlu jaga hati orang lain, lebih baik jaga hati sendiri..”

Tambah Aliff Syukri lagi, beliau mahu mengambil masa untuk bertenang dan fokus kepada perniagaan chalet dan rumah tumpangan beliau di Sugeh Hill Resort.

Namun Aliff memberi bayangan akan kembali semula.

” Sekarang kasi sy bertenang dan fokus kat Sugeh Hill Resort di Janda Baik.. lepas ni saya akan kembali dengan lebih kuat.. Dah penat berniaga 12 tahun dalam industri ini bila lah nak rasa berehat..” akhiri Aliff Syukri.

Reaksi warganet dan rakan-rakan

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kejayaan Aliff Syukri tidak kira apa jua dilakukannya.

Tidak ketinggalan ada yang menasihati beliau supaya lebih berhati-hati selepas ini dan tidak mudah mempercayai orang lain dengan mudah.

Aliff Syukri juga dinasihat agar tidak sering menunjuk kemewahan beliau di media sosial yang boleh mengvndang kepada minat individu untuk mendekati beliau seterusnya mengambil kesempatan dengan men1pu.

” Sabar Dato ,yang penting sekarang berbahagia bersama keluarga” tulis rakan seperniagaan Aliff iaitu Sajjad.

” Sebab tu jangan heboh-heboh sebab semua tu Allah punya.. Yg kaya tu Allah, bukan kita..buat apa pun kena ikhlas lagi-lagi pada keluarga isteri anak-anak” komen Anep

Kisah kejayaan Aliff Syukri

Aliff Syukri mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen.

Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi.

Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk.

Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen.

Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual.

Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga.

Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, ‘bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting’.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Asia Kini

Be the first to comment on "Aliff Syukri Buat Keputusan Untuk Berehat, Akib4t Di t1pu Oleh Individu Rapat, Ini Puncanya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*