“Svmpah s4kit! Tak tahu macam mana p3ngkid pakai benda tu” – Ayda Jebat kongsi pengalaman tiga bulan pakai bengkung

PELAKON Ayda Jebat mengakui berdepan kesukaran semasa melakonkan karakter gadis berperwatakan kasar dalam drama Bukan Gadis Biasa.

Ayda berkata selama tiga bulan penggambaran dia perlu mengenakan pakaian khas untuk memastikan watak tersebut dapat diterjemahkan dengan baik.

“Saya pakai bengkung atau binder (pakaian dalam untuk wanita) selama tiga bulan masa penggambaran drama ini untuk jadi watak Jo.

“Tak tahu macam mana p3ngkid boleh pakai benda tu setiap hari, berpuluh tahun atau sampai ke tua… svmpah s4kit. Leper weh walaupun macam kuih koci je pun!,” katanya.

Ayda berkongsi pengalaman bawa watak p3ngkid.

Tunang kepada pengacara Nabil Mahir ini berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama tersebut menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Ayda mengakui watak gadis p3ngkid yang dilakonkan itu memberi banyak pengajaran kepadanya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran semata-mata.

“Saya percaya, jangan judge orang dari luaran… kadang-kadang yang kita nampak tak sen0noh tapi berhati baik, yang nampak suci murni lagi teruk perangai daripada sy4itan kan?

Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.

“Apa-apa pun doakan yang baik-baik buat mereka, kita dan semua. Pengajaran paling bernilai yang saya dapat dalam Bukan Gadis Biasa,” ujarnya.

Selain Ayda, drama Bukan Gadis Biasa juga dibintangi oleh Sheila Rusly, Remy Ishak, Idzham Ismail, Nazim Othman, Ozlynn Waty dan Mas Khan.

Drama arahan Azman Yahya atau Jinggo ini bersiaran di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan pvkul7 malam bermula 23 April lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Svmpah s4kit! Tak tahu macam mana p3ngkid pakai benda tu” – Ayda Jebat kongsi pengalaman tiga bulan pakai bengkung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*