Terlepas Sebut Nama Hawa Di Meletop, Zizan Akhirnya Buat Pengakuan

Pada malam tadi, pelakon dan penyanyi terkenal Zizan Razak antara tetamu jemputan rancangan hiburan popular, Meletop pada kali ini dan ternyata, seperti biasa dia menjadi perhatian menerusi temu bual bersama hos Meletop.

Zizan Razak ini turut tidak terlepas untuk menjawab teka-teki mengenai hubungannya dengan seorang wanita yang merupakan penyampai berita terkenal iaitu Hawa Rizwana.

Ini berikutan, baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi mengenai mereka berdua apabila dilihat meluangkan masa melakukan aktiviti berbasikal dan berkongsikan hal itu dilaman Instagram miliknya sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Zizan Razak dan Hawa jadi perhatian 

Disoal oleh hos jemputan pada kali ini, Nora Danish bersama Nabil Ahmad tentang hal itu, dia yang pada mulanya berseloroh lalu menjawab ianya hanya sekadar kebetulan kerana dia sememangnya meminati aktiviti berbasikal.

Kedua-dua rakannya itu turut mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan namun tidak disangka-sangka Zizan Razak terlepas menyebut nama penyampai berita terkenal itu di rancangan Meletop pada malam tadi sehingga membuatkan warganet terhibur dengan gelagat lucunya.

Menerusi temu bual yang dikongsikan di Youtube dapat diperhatikan dia bersama penyanyi Tam Spider pada malam tadi berkongsikan perkembangan kepada peminat.

Dalam pada masa yang sama, warganet diruangan komen turut mengharapkan agar Meletop juga menjemput ‘kembar’ Neelofa iaitu Hawa Rizwana bersama selebriti itu.

“Bile nak bawak Hawa datang Meletop dan Lofa sekali…”

 

“Lawak part Zizan terlepas cakap”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Terlepas Sebut Nama Hawa Di Meletop, Zizan Akhirnya Buat Pengakuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*