“Saya tak boleh terima ayah saya bin4tang” – Mengejutkan anak m4ngsa rog0l tampil buat pengakuan, terharu ibu sudi tumpangkan rahim

JARANG sekali kita dengar anak m4ngsa rog0l berkongsi pengalaman ngeri dilalui mereka secara terbuka di media sosial.

Namun pengakuan seorang pemuda bahawa dia adalah anak hasil tragedi hitam menimpa ibunya kira-kira 20 tahun lalu amat mengejutkan netizen.

Pended4han pemuda tersebut dilakukan semasa IG Live artis rap tanah air Caprice yang membahaskan 1su k3s rog0l dan gangguan s3ksual bersama Fynn Jamal.

Malah pemuda dikenali sebagai Fahmi Abdullah itu turut berkongsi pended4han tersebut menerusi satu bebenang di Twitternya.

Rata-rata netizen meluahkan simpati dengan nasib menimpa Fahmi dan kagum dengan semangat ibunya dalam meneruskan kehidupan seharian.

Menurut pemuda berusia 20 tahun itu, dia terpanggil untuk membuat pengakuan tersebut kerana ingin mempertahankan ibunya yang juga m4ngsa jen4yah rog0l.

Pended4han Fahmi mengejutkan ramai netizen.

“Ini pertama kali saya ded4hkan kepada orang ramai. Orang terdekat juga terkejut akan hal ini, saya dan keluarga sembunyikan perkara ini. Saya beranikan diri dan tampil kerana saya fikir tentang ibu saya.

“Apabila ada segelintir yang menyatakan m4ngsa juga bersalah kerana tidak menutup aur4t, ibu saya akan menangis. Dia akan down sangat, dia minta maaf kepada saya kerana dia ‘kotor’.

“Saya f1ght ni untuk ibu saya. Saya tak nak dia merasakan dia kotor lagi. Saya tak nak dia menangis lagi. Saya nak apabila 1su ini muncul, dia menjadi yakin dia tidak bersalah,” katanya kepada mStar.

Menurut Fahmi lagi, ibunya menjadi m4ngsa rog0l penjen4yah yang memecah masuk ke kediaman mereka kira-kira 20 tahun lalu.

“Ketika itu umur ibu saya 26 tahun. Dia dah berkahwin dengan ayah tiri saya dan abang saya baru berumur lima tahun. Ayah terpaksa keluar outstation atas faktor kerja.

“Tengah malam tu, per0mpak m4suk pec4h rumah dan merog0l ibu saya. Abang saya ketika itu bersembunyi. Sejak itu ayah tiri saya tak henti-henti memohon maaf pada ibu saya kerana gagal lindungi dia,” kata anak kelahiran Selangor itu.

Kejadian berlaku semasa ayah tiri Fahmi bekerja di luar kawasan.

Malah Fahmi mengakui bukan mudah untuk dia menerima hakikat tersebut.

“Ibu cerita segalanya kepada saya. Sejujurnya pada awal-awal tu saya tak boleh menerima kenyataan. Saya tak boleh terima ayah (kandung) saya adalah bin4tang.

“Saya jadi mar4h, saya sedih hingga terduduk tapi lama-kelamaan saya sedar ibu saya adalah m4ngsa. Ibu saya berkorban ny4wa dan emosi dia demi saya.

 

Tapi dia kuat untuk tumpangkan saya dalam rahim dia. Dia juga sayangkan saya seperti adik-beradik saya yang lain. Dia layan kami sama tak pernah ada jurang.

FAHMI ABDULLAH

Anak

“Ibu lahirkan saya dan ibu terpaksa ingat kembali peristiwa hitam itu. Saya tahu bukan salah ibu saya. Ibu saya hanya berada di rumah ketika itu,” katanya.

Namun Fahmi turut meluahkan rasa terkilan dengan segelintir komen netizen yang menyalahkan m4ngsa sebagai punca ins1den itu berlaku.

“Saya mar4h sangat kerana orang di luar sana hanya bercakap tanpa gunakan fikiran dan common sense. Tidak fikir perasaan m4ngsa.

“Bukan mudah ibu saya nak lupakan peristiwa hitam itu dan sukar untuk mengandungkan bayi yang bukan dia minta. Dua tahun air mata ibu saya tak pernah kering, dia selalu menangis.

Bukan mudah bagi Fahmi untuk menerima hakikat sebenar.

“Tapi dia kuat untuk tumpangkan saya dalam rahim dia. Dia juga sayangkan saya seperti adik-beradik saya yang lain. Dia layan kami sama tak pernah ada jur4ng,” katanya.

Meskipun dia dilahirkan ke dunia tanpa diminta, Fahmi meluahkan rasa syukur kerana kehadirannya diterima keluarganya.

“Ayah tiri saya menemani ibu saat dia melahirkan saya, azan saya… civm dahi saya. Layanan mereka pada abang dan adik saya sama seperti layanan pada saya.

“Hingga saya lupa saya bukan anak kandung ayah saya. Ayah tiri saya sering panggil saya ‘anak ayah’ hingga hari ini. Duit kebajikan makan pakai saya, semua dia tanggung.

“Dia tak benarkan ibu saya guna duitnya sendiri untuk tanggung saya. Malah sejak saya lahir, ibu tak pernah panggil saya anak haram. Dia tak pernah cakap menyesal lahirkan saya,” katanya.

Antara komen netizen yang simpati dengan nasib menimpa Fahmi dan ibunya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menasihati mereka yang senasib dengannya supaya jangan berasa h1na dengan diri sendiri.

“Kamu adalah m4ngsa, ibu kamu adalah m4ngsa. Kita berhak hidup melihat dunia. Sangat sukar untuk kita hidup apabila ada m3ntaliti segelintir yang memandang h1na kepada kita, menyalahkan m4ngsa.

“Ibu… ibu kami tidak tidak minta untuk dirog0l, binatang binatang itu yang pilih untuk merog0l. Bagi mereka yang dibenci ibu sendiri, bangunlah kuatkan diri.

“Ramai lagi orang yang akan ada bersama kamu. Hargailah diri kamu. Kamu disayangi semua,” katanya yang masih menyambung pengajian di sebuah instituti pengajian tinggi dalam negara.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Saya tak boleh terima ayah saya bin4tang” – Mengejutkan anak m4ngsa rog0l tampil buat pengakuan, terharu ibu sudi tumpangkan rahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*