“Pend3k, Hitam, Jong4ng…” – Zizi Kirana Buka Cerita Kena Ej3k Zaman Sekolah

Penyanyi Zizi Kirana mended4hkan dia sering menjadi m4ngsa ej3kan sewaktu zaman persekolahan terutamanya ketika berada di tingkatan satu dan dua.

Menurutnya, pelbagai gelaran dan panggilan yang diberi untuk Zizi namun dia memilih untuk tidak menghiraukannya.

“Memang dulu masa sekolah tingkatan satu dan dua saya selalu diejek, sampai ada gelaran ‘si pindik’ dan bila lalu depan orang tu, dorang akan ramai-ramai cakap Nurfazelah pindik.

“Macam-macam ejakan yang saya dapat masa awal masuk sekolah menengah, diej3k sebab pend3k, hitam, gigi arnab, jong4ng tapi lama-lama saya dah biasa dan tak ambik kisah,” kongsinya.

Pended4han itu dibuat menerusi beberapa buah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam.

Pelantun lagu Eh berkata disebabkan kejadian itu dia agak memilih untuk berkawan rapat dengan kawan perempuan.

Tegas pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil, lebih baik sikit bilangan kawan rapat daripada dikelilingi dengan orang yang bermasalah.  

“Perempuan la yang paling suka mengej3k

“Tapi dalam tak kisah tu pun ada masa juga saya akan bagi pengajaran untuk si tukang ej3k. Jadi siapa yang selalu diej3k atau dibvli, tetap semangat guys!!

“Tak ramai takpe, janji tak bercampur dengan orang-orang tox1c. Kadang ada yang mengaku kawan baik selamanya (BFF) walhal tak boleh terima kalau BFF kau ada kelebihan sedikit. Kesian! Eh! Jangan terasa kalau tak betul!

“Yang penting bukan hati hitam. Jangan rasa down bila dih1na orang kerana mereka hanya manusia yang tidak pernah rasa puas dan bersyukur. Doakan saja yang baik-baik untuk mereka,” tulisnya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Pend3k, Hitam, Jong4ng…” – Zizi Kirana Buka Cerita Kena Ej3k Zaman Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*