Selalu Kayuh Basikal Sama-Sama, Hawa Rizwana Ulas Hubungan Dengan Zizan Razak

Personaliti televisyen Hawa Rizwana Redzuan akui pengacara dan pelakon Zizan Razak merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah.

Jelas Hawa bagaimanapun, hubungan persahabatannya dengan Zizan menjadi lebih erat sejak melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

“Saya dan Zizan hanya kawan dan kenalan rapat. Kalau dulu selalu berjumpa apabila kebetulan ada acara bersama.

“Tapi sekarang kerap sikit sebab kami berada dalam kelompok kumpulan berbasikal yang sama.

“Kebetulan pula instruktor kami pun kayuh sekali jadi ia secara tidak langsung menggabungkan macam-macam pasukan berbasikal serentak, semua dah macam keluarga besar,” katanya kepada Gempak.

Hawa dan Zizan sebelum ini kerap mencuri tumpuan di Instagram apabila sering berbalas komentar di akaun masing-masing.

Malah, kedua-duanya juga kini lebih acap kali dilihat bersama terutama ketika hujung minggu.

Bagi mengelakkan salah faham kata Hawa dia masih solo dan belum terfikir untuk mencari teman hidup.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Have a #goodday 💎😘 #mondaymood #suits #ootd 👗 @knkeyng @upclosenewscastermpb MUA @abb.ariffin 🧣 @sofearose_hq

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Combination of my two fav colours 💕💎 #goodday 👗 @jannahnoe.official

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A little progress each day adds up to fantastic results 😘💪🏻 #goodday

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana) on

“Saya baru berusia 25 tahun dan perjalanan karier saya masih jauh. Jadi fokus saya untuk keluarga terlebih dahulu sampai betul-betul stabil,” jelasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Selalu Kayuh Basikal Sama-Sama, Hawa Rizwana Ulas Hubungan Dengan Zizan Razak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*