“Semoga Rezeki Kau Bertambah Sebab Bahagiakan Isteri,” – Menitis Air Mata Orang Rumahnya, Bila Ammar Titan Buat Kejutan Hadiahkan…

Azizul Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan ada membuat kejutan buat isteri tersayang, Amalina Jamil baru-baru ini.

Pelakon dan pelawak berusia 33 tahun itu menghadiahkan mesin pembuat kopi dan video penuh kejutan yang dibuat boleh ditonton menerusi saluran YouTubenya, Armadaammar.

“Video ini khas untuk isteri saya, yang telah banyak berkorban untuk keluarga kami. Mami, i love you so much,” katanya pada awal rakaman.

Turut dikongsikan menerusi IG TV, kelihatan ibu kepada seorang cahaya mata itu terkejut dengan pemberian berkenaan sehingga menitiskan air mata.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat serta rakan selebriti memuji pendirian Ammar yang tidak kedekut dengan isteri.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar dia sekeluarga dimurahkan rezeki kerana tak lokek demi kebahagiaan dalam rumah tangga.

Sekadar info, Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan yang mulai dikenali menerusi program realiti, Bintang Mencari Bintang bersama kumpulan Titan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, lebih tiga tahun lalu.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Airis Aisyah.

 

Tonton video penuhnya di sini;

Foto: Instagram Azizul Ammar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Semoga Rezeki Kau Bertambah Sebab Bahagiakan Isteri,” – Menitis Air Mata Orang Rumahnya, Bila Ammar Titan Buat Kejutan Hadiahkan…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*