Vide0 Gelagat Anjing ‘Bijak’ Ini Raih 7.5 Juta Tontonan!

 

Memiliki haiwan peliharaan di rumah menjadikan ia sebagai peneman setia. Antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah kucing atau pun anjing. Kedua-duanya mudah faham apa yang manusia katakan dan memiliki sifat manja.

Bagi yang memelihara haiwan ini pastinya ada pengalaman dengannya yang boleh dijadikan memori. Disebabkan sifat penyayang itu bila ada haiwan peliharaan yang ‘pergi’ dulu akan ada yang sampai menangis kerana kehilangannya.

Malah kucing dan anjing juga memiliki sifat mereka tersendiri yang kadang-kadang boleh membuatkan rasa terhibur. Sama seperti gelagat anjing bijak ini yang videonya menjadi tular di sosial media baru-baru ini.

Foto sekadar hiasan / Kredit JanekWenzlik

Dalam video itu kelihatan anjing tersebut pada asalnya berada di dalam sangkar dan dua orang kanak-kanak sedang bermain. Namun apa yang mencuri hati ramai apabila anjing tersebut keluar dari sangkar dan memusingkan kipas di atas kabinet tv ke arah tempat duduk asalnya itu.

Berikut adalah video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Video gelagat anjing bijak tersebut telah meraih lebih 7.5 juta tontonan dan 11,600 likes. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anjing tersebut dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Tak masalahnya dia tutup pintu balik”

“Weh comel. Mesti dia cam usha je kipas tu tak pusing kena dia”

“Bapak pandai seh anjing tu…da tukar arah kipas tutup pintu balik”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Vide0 Gelagat Anjing ‘Bijak’ Ini Raih 7.5 Juta Tontonan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*