Najwa Latif Umum Berita Gembira

 

DUA tahun sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta, penyanyi Najwa Latif muncul dengan lagu baharu berjudul Tak Kisah Pun untuk peminat-peminatnya.

Najwa, 26, berkata, dia tidak berasa terbeban untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian berikutan minat yang mendalam terhadap kariernya itu.

“Sudah lebih dua tahun saya bergelar pensyarah bahasa Inggeris di UNITAR International University.

“Jujurnya, saya gembira dengan apa yang saya usahakan sekarang ini.

“Walaupun sibuk sebagai pengajar, saya tetap muncul dengan lagu baharu berjudul Tak Kisah Pun yang merupakan produk sulung dari syarikat rakaman saya sendiri, NL Entertainment,” katanya kepada mStar.

Najwa kagumi bakat Akwa Ariffin.

Sementara itu, Najwa mengakui karier seninya agak perlahan pada tahun lalu kerana sibuk dengan pengajian sarjana di Universiti Malaya (UM).

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya itu pada Oktober tahun lalu.

“Saya melengkapkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UM.

 

Pada awalnya, saya merancang mengeluarkan single baharu pada Januari lalu, tetapi disebabkan PKP rancangan itu terpaksa ditunda.

NAJWA LATIF

PENYANYI

“Alhamdulillah, lega rasanya apabila impian belajar ke peringkat sarjana tercapai dan berjaya menghabiskannya, ” katanya.

Bercakap mengenai lagu Tak Kisah Pun, Najwa memberitahu ia dihasilkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih istimewa dia turut bergandingan bersama penyanyi rap baharu, Akwa Ariffin.

Najwa bersama individu belakang tabir yang membantu merealisasikan penghasilan video muzik lagu terbaharu.

“Pada awalnya, saya merancang mengeluarkan single baharu pada Januari lalu, tetapi disebabkan PKP, rancangan terpaksa ditunda.

“Tanpa dirancang, sekitar Mac lalu, saya mendapat idea menghasilkan lagu Tak Kisah Pun.Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP.

“Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah di muat naik di YouTube. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya, ” katanya.

Lagu tersebut dihasilkan oleh Najwa bersama adik-beradiknya yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa.

Video muzik Tak Kisah Pun telah dimuat naik di laman YouTube pada 19 Jun lalu dan menerima lebih 200,000 tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar / Koleksi Viral

Be the first to comment on "Najwa Latif Umum Berita Gembira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*