[FOTO] Ramai Yang Tidak Dapat Terima Cara Anak Burung Hantu Tidur

 

Jika anda sedar, sejak kebelakangan ini gambar burung hantu banyak tular di media sosial. Kebanyakan orang jarang melihat burung hantu depan mata kerana burung hantu adalah sejenis haiwan nocturnal yang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

Jadi tidak hairanlah ramai yang tidak mengetahui tentang sikap atau tabiat sebenar burung hantu, melainkan mereka yang melakukan kajian internet secara suka-suka.

Salah satu cara untuk kita tahu tentang fakta-fakta menarik tentang hidupan semula jadi yang jarang dilihat adalah apabila gambar mereka tular di media sosial.

Seperti juga gambar seekor anak burung hantu yang baru-baru ini yang tular kerana caranya tidur membuat ramai terkejut.

Apabila melihat gambar yang dikongsikan di Twitter itu, ramai serta-merta menyangka mereka melihat gambar burung hantu yang telah m@ti, tetapi netizen tidak sangka begitulah sebenarnya cara anak burung hantu tidur iaitu dalam keadaan meniarap seperti orang yang balik rumah dalam keadaan mabuk.

Wartawan Mark Rees yang berkongsikan gambar itu juga mengatakan dia tidak pernah tahu bahawa anak burung hantu tidur meniarap kerana kepala mereka terlalu berat.

hawa anak burung hantu tidur meniarap kerana kepala mereka terlalu berat.

Dalam posisi itu juga, kita dapat melihat kaki burung hantu yang panjang yang ramai tidak pernah tahu kewujudannya apabila melihat mereka bertenggek di atas pokok.

Anak burung hantu juga dikatakan tidur beberapa jam pada satu-satu masa terutamanya pada waktu siang seperti bayi manusia.

Gambar burung hantu yang diambil di Taman Hidupan Liar Jepun pada 2017 itu meraih lebih 1.4 ribu komen dan 120 ribu likes.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak kisah menarik tentang hidupan liar boleh baca perkongsian di bawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "[FOTO] Ramai Yang Tidak Dapat Terima Cara Anak Burung Hantu Tidur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*