Fazura Dapat Babyy Girl Erk? Komen Hanis Zalikha Pada Foto Fazura Jadi Tanda Tanya

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hami1l anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin.

Fazura berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuk mereka menimang cahaya mata.

“Selepas melayari perkahwinan selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. Insya-Allah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.

“Kandungan saya kini dalam bulan keempat. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah dan sesungguhnya ini adalah waktu paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya.

Pelakon itu turut bersyukur terhadap doa daripada semua pihak sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang,” katanya.

Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Terbaru Fazura berkongsi Foto di Instagram tarik perhatian ramai

KOMEN HANIS ZALIKHA

Take care Kakfaz. Alisa tunggu kawan dia ❤️

KOMEN BALAS NETIZEN :

Sumber : Instagram Nur Fazura / applehijau.bbn.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Fazura Dapat Babyy Girl Erk? Komen Hanis Zalikha Pada Foto Fazura Jadi Tanda Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*