“Sape cakap sama…”- Wany Hasrita bandingkan diri dengan Th0mas

Pastinya kita pernah disamakan dengan seseorang apabila mereka menjumpai orang yang mempunyai wajah seiras dan selebriti juga tidak terlepas dari hal berkenaan dimana baru-baru ini juga, seorang wanita viral selepas dikatakan seiras dengan Neelofa.

Namun lain pula yang berlaku terhadap penyanyi terkenal, Wany Hasrita apabila dia kerap disamakan dengan wajah animasi dalam rancangan popular kanak-kanak yang berjudul Thomas & Friends.

Walau bagaimanapun, ternyata hal berkenaan mendapat perhatian penyanyi ini sendiri dan dia dilihat memberikan respon dengan cara yang lucu sehingga perkongsiannya di Instagram menjadi perhatian warganet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muka ada banyak senyium ini hari. Jom push rank. Ehm.

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

Ini kerana, Wany Hasrita yang dilihat pada mulanya disangka-sangka membuat cabaran yang kini menjadi trend apabila seseorang individu itu akan membuat aksi seperti kenangan pada masa kecil.

Tetapi Wany Hasrita pula membandingkan dirinya dengan wajah animasi Thomas & Friends disamping membuat aksi yang sama sekali gus membuatkan selebriti juga terhibur dengan gelagatnya.

Memuat naik satu rakaman video pendek dan selorohnya menerusi ruangan kapsyen dengan tertanya-tanya siapa yang cakap sama dan baginya pula tidak sama.

“Sape cakap sama, tak sama pun. Welk…”

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sape ckp sama, tak sama pun. Welk. 🤨

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

Dalam pada masa yang sama, bukan saja menerima banyak komen daripada warganet dan rakan selebriti tetapi perkongsian Wany Hasrita yang dibandingkan dengan wajah kartun Thomas & Friends berkenaan meraih lebih 300,000 tontonan disamping mendapat 98 ribu tanda suka.

Rakan selebriti terhibur

Komen warganet di perkongsian video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG / HCL

Be the first to comment on "“Sape cakap sama…”- Wany Hasrita bandingkan diri dengan Th0mas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*