Gelagat Satu Keluarga Bantu Si Oyen Tangkap Cicak Bikin Terhibur

 

Memiliki kucing peliharaan di rumah sememangnya mempunyai pelbagai manfaat. Bukan sahaja kucing boleh menjadi peneman yang setia dan manja, malah mereka juga dapat membantu mengurangkan tekanan kita.

Tambahan pula, seperti yang ramai sedia maklum, kucing adalah haiwan pemburu yang hebat. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah haiwan per0sak, kucing adalah salah satu jalan penyelesaiannya.

Tikus, lipas dan cicak semua dapat dih4puskan dengan bantuan anak bulus. Buktinya juga dapat dilihat dalam satu video yang tular, di mana seekor kucing oren menunjukkan taringnya untuk menangkap seekor cicak.

VIDEO:

Dalam video yang dirakam di Indonesia dan dikongsikan di Twitter, seekor cicak besar dilihat berjalan di dinding berhampiran siling.

Oleh kerana kucing tersebut tidak dapat mencapai ketinggian untuk menangkap cicak itu, keluarga pemiliknya meletakkan dia di atas kerusi dan mengangkat kerusi itu dekat dengan cicak berkenaan.

Tanpa melepaskan pandangannya dari cicak tersebut, si oyen akhirnya berjaya menangkap cicak tersebut dengan bantuan beberapa individu.

Adegan kucing diangkat seperti raja untuk tangkap cicak itu mengundang pelbagai komen lucu, ada yang mengatakan manusia tidak akan dapat bertahan tanpa kucing.

“Bila minat kau disokong keluarga…”

Kucing tidak pernah gagal membuat kita geli hati.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Gelagat Satu Keluarga Bantu Si Oyen Tangkap Cicak Bikin Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*