IG Live Sama Remy Ishak, Amboi Bukan Main Pickup Line Wanita Ini!

 

Selepas tamatnya Bukan Gadis Biasa, mungkin ada yang merindui Remy Ishak yang melakonkan watak Rayyan dalam drama tersebut. Nama pelakon ini tidak pernah sunyi dari industri hiburan tanah air biarpun sudah lama berlakon. Masih hangat di pasaran katanya!

Biarpun begitu, baru-baru ini video IG live sama Remy Ishak dengan seorang wanita tular di sosial media. Menerusi video IG live sama Remy Ishak itu, wanita tersebut yang mesra dengan panggilan Kak Long berbual mengenai drama Nur Kasih. Untuk info, Nur Kasih pernah menjadi satu fenomena satu ketika dulu dan ramai yang meminati drama lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ini.

Pelakon drama Nur Kasih

Video tersebut dirakamkan oleh wanita yang juga pemilik akaun Instagram Zirah Jamal dan kemudiannya telah dikongsikan semula di Instagram Meletop. Video ini telah meraih perhatian ramai menerusi laman sosial itu dengan lebih 123 ribu tontonan dan 23 ribu likes.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Boleh pulak dorang bercinta dekat IG live ek, korang tak jealous keee? 😜😜😜 #MeleTOP . 📹 zirahjamal

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Apa yang menariknya apabila mereka berdua saling bergurau dan membalas pickup line masing-masing. Boleh terhibur dibuatnya!

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka berdua ini dan meninggalkan reaksi tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Comel jer abang remy”

“Terhibur betul”

“So sporting..Tengok ulang2 pun tak puas ni. Heheheh…”

Ini pula antara kisah menarik di IG live bersama dengan pelbagai selebriti lain. Apa yang penting memang boleh buat berdekah!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG / HCL

 

 

Be the first to comment on "IG Live Sama Remy Ishak, Amboi Bukan Main Pickup Line Wanita Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*